Wednesday, January 25, 2012
Kenali Brookings/ About Brookings: Komuniti ISLAM Brookings (ISB)
Singkatan ISB adalah untuk Islamic Society of Brookings, SD. Kami disatukan atas nama Islam walaupun dari pelbagai jenis bangsa dan negara. Orang Islam di sini adalah kecil (minoriti) dan kebanyakkan adalah tenaga pengajar, pelajar dan juga pekerja di universiti.
Terdapat sebuah rumah dua tingkat yang dijadikan sebagai 'surau', tempat berkumpul, tempat solat Jumaat dan solat berjemaah, potluck, dan juga untuk majlis sambutan hari raya di sini. Aktiviti seperti dialog dan majlis ilmu turut diadakan. Terdapat persatuan yang ditubuhkan untuk mengetuai komuniti ini. Pilihanraya diadakan setiap tahun untuk memilih ahli jawatan kuasa persatuan. Saya dan suami menjadi ahli komuniti dan bayaran $10 seorang dikenakan untuk dimasukkan ke dalam tabung komuniti sendiri.
Rata-rata orang Islam di sini daripada Mesir, Iran, Jordan, Bangladesh dan Malaysia (iaitu kami sekeluarga!). Kami anggarkan dalam 200 orang Islam yang tinggal di Brookings.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment