Pasar petani? atau pasar tani? Mmmmm tak pasti yang mana betulnya. Tapi rasa macam pergi pasar segar sahaja! Sayur-sayuran, buah-buahan, bunga, daging, madu, ada makanan seperti kek dan roti dijual oleh penduduk tempatan. Dan semuanya segar dari kebun/ rumah sendiri. Ada yang bersalut tanah dan berakar lagi. Pasarnya tidaklah begitu besar, paling banyak pun, rasanya dalam 15- 20 khemah kecil sahaja yang tersedia. Adakalanya meriah dan adakalanya tidak banyak bangsal jualan. Bergantung kepada 'penyertaan' penjual sendiri ataupun bergantung kepada hasil tanaman yang diperolehi.
Farmer's market diadakan di downtown yang berlangsung dua hari seminggu, hari Sabtu (8am-12pm) dan hari Rabu (3pm-6pm). Ia bermula dari bulan Mei sehingga bulan Oktober iaitu pada musim panas.
Kadang kala, pihak pengurusan akan mengadakan hari terbuka sempena perayaan atau jika ada apa-apa sambutan di sini. Musik, makanan percuma serta pelbagai aktiviti tersedia untuk pengunjung yang hadir.
Apabila berkunjung ke farmer's market, sayur-sayuran dan buah-buahan yang sering dibeli oleh saya. Segar dan sedap seperti dari kebun sendiri sahaja. Walaupun harganya sedikit mahal daripada pasaraya, tetapi rasanya puas bila dapat merasa hasil tanaman orang-orang di sini. Alhamdulillah.
"Market Description: This is a seasonal open-air market featuring local produce, baked goods, crafts, flowers and plants"[1].
Jualan bertemakan 'Colonial Days ( A celebration of life in the 1700's)'. Ada makan-makan, persembahan, pameran, dan yang menarik sekali penjual memperagakan pakaian pada tahun 1700. |
Source:
[1] Farmer's Market Online
*All the writings are from my personal experience and for my personal journal to be shared. I'm very sorry if there are any sensitive or wrong descriptions about my writings. Comments and critics are welcome. Thank you.
InsyaAllah, saya akan memperkenalkan tentang McCrory Garden pada entri yang akan datang! :) Terima kasih.
No comments:
Post a Comment