Bailey Hall apartment adalah tempat tinggal pertama kami setibanya kami di Brookings.
Apartment yang dijadikan sebagai asrama pelajar
South Dakota State University, Bailey Hall adalah salah satu penempatan bagi pelajar-pelajar di sini. Selain Bailey, ada beberapa lagi asrama lain, sama seperti asrama-asrama bagi universiti di Malaysia.
Bagi saya,
apartment ini sangat selesa. Dengan kemudahan dapur yang lengkap, perabot, tandas, serta disediakan 4 bilik untuk dihuni oleh 4 orang pelajar. Setiap bilik pula terdapat sebuah katil kecil, meja belajar dan almari baju.
Kami berpindah ke
family apartment selepas beberapa bulan kerana asrama ini hanya sesuai untuk pelajar yang belum berkeluarga.
|
Bilik kami no 118, hallway, dapur dan pantri. |
|
Keadaan persekitaran Bailey Hall Apartment. Sewa untuk seminggu dalam anggaran 330dolar seorang... |
No comments:
Post a Comment