Happy visit my photos gallery:

You're welcome to visit my photos gallery:
My photoblogMy Flickr

Mrs. Little Pumpkin's followers:

Sunday, January 29, 2012

FYI: Makanan HALAL di Brookings

Daging halal daripada ISB: Kami mendapatkan sumber daging ayam, lembu dan kambing yang halal daripada surau (Islam Society of Brookings). Walaupun bekalan yang ada tidak banyak, tetapi cukuplah untuk merasa ayam dua/ tiga kali seminggu.

Food & Health Concepts (American health foods and international groceries): Kedai yang menjual beberapa bahan makanan halal. Bekalan daging halal di kedai ini tidaklah banyak. Jika bekalan dari surau sudah kehabisan, kedai inilah yang menjadi pilihan kami. Kami juga sering berkunjung ke sini untuk membeli ikan rohu/ ara yang mana tidak terdapat di pasaraya Brookings. Isinya sedap, ikan ini tergolong dalam keluarga ikan kap [1].

Selain itu, jika ada rezeki, kami juga boleh mendapatkan serai, daun kari, kicap masin, Indomee dan pati ayam halal. Kedai ini dimiliki oleh pasangan suami isteri daripada India.


Fast Food!:
Makanan segera yang sering menjadi pilihan kami adalah pizza dari Pizza Hut dan roti tuna dari Subway. Pizza keju kosong yang berintikan sayuran. Hanya tiga kedai menyediakan pizza yang diyakini halal iaitu Pizza Hut, Papa john dan Domino's Pizza. Untuk mendapatkan maklumat tentang makanan halal di Amerika/ US, laman web ini boleh dikunjungi: http://www.muslimconsumergroup.com/.

AWAS! Bukan semua makanan laut atau minuman berperisa ataupun aiskrim adalah halal. Kadang-kadang terselit juga gelatin haiwan dalam makanan tersebut. Sebab itulah kami berhati-hati dan merujuk kepada laman web Muslim Consumer Group tersebut.

Sioux Falls (sejam perjalanan dari Brookings): Terdapat dua tempat yang sering dikunjungi kami untuk mendapatkan bekalan makanan halal dan  bahan dapur daripada Asia.
  1. Baladna Kitchen:
    Lokasinya adalah di 1712 South Minnesota Avenue, Sioux Falls, SD 57105. Kami sering berkunjung ke sini untuk membeli barangan dapur, bahan mentah seperti nugget, daging burger, dan daging ayam. Selain itu kami tidak lepaskan peluang untuk menjamu selera dan menikmati makanan daripada negara timur tengah yang turut disediakan di sini. Menu seperti nasi beryani, kebab dan giro sering dijadikan pilihan. Alhamdulillah, sekurang-kurangnya merasa juga 'makan di luar' selain dari masakan sendiri! :) Memandangkan lokasinya jauh daripada Brookings, kami hanya ke sana sekali atau dua kali sebulan.
  2. Thanh Mai LLC oriental food & gifts (Vietnamese Store):
    Kedai ini menyediakan banyak bahan mentah yang kami 'kenali'. Walaupun kedainya tidaklah besar, tetapi padat dengan makanan daripada asia tenggara dan juga beberapa makanan daripada Malaysia. Sayur-sayuran dan bahan mentah seperti terung, kangkung, sawi hijau, sayur bayam, cili padi, serai, lengkuas, kunyit, taugeh, cendawan tiram, dan pelbagai lagi. Sos cili, Milo, biskut Julies juga ada. Alhamdulillah. :). Lokasi kedai berdekatan dengan Falls Park beralamat di: 824 E Rice Street, Sioux Falls, SD 57103
Selain itu, untuk mendapatkan maklumat tentang kedai, restoran halal di sekitar South Dakota/ di sekitar Amerika/ US sendiri, bolehlah berkunjung ke laman web zabihah.com

Baladna Kitchen
Thanh Mai LLC Vietnamese store
Google map of Thanh Mai


Sumber web:[1] http://renjersungai.blogspot.com/2011/03/info-tentang-ikan-rohuara.html
South Dakota Halal food, Brookings SD halal food, Sioux Falls halal food,South Dakota Halal restaurant, Brookings SD halal restaurant, Sioux Falls halal restaurant

No comments: