Happy visit my photos gallery:

You're welcome to visit my photos gallery:
My photoblogMy Flickr

Mrs. Little Pumpkin's followers:

Saturday, October 13, 2012

Musim luruh 2012/ Autumn 2012

Alhamdulillah, buat pertama kalinya, saya baru dapat merasai musim luruh di sini memandangkan pada musim luruh tahun-tahun sebelum ini, saya bercuti di Malaysia. Terpegun melihat pokok-pokok bermacam warna daun. Subhanallah.








Sunday, October 7, 2012

Gambar: Ladang labu

Berlakon je ni, hehe labu tu ringan je!

Kami mengunjungi ladang labu milik Sanderson Gardens, di Aurora, SD. Terpegun melihat labu pelbagai saiz, dan bentuk. Labu-labu ini ditanam khas untuk perayaan halloween bagi orang kristian. Labu ini bukan untuk dimakan, sekadar untuk dijadikan hiasan ukiran bagi orang-orang yang meraikan hari hantu! 

Wednesday, May 2, 2012

Gambar: Amaran kecemasan tornado


Alhamdulillah, Brookings masih dilindungi Allah daripada tornado. Memang risau bila angin kuat, guruh dan kilat berlaku. Kami mendapat maklumat/ amaran tornado daripada National Weather Service melalui televisyen. Semua rancangan tv akan berhenti untuk memberi laluan kepada amaran kecemasan ini.

*Alhamdulillah, cuaca buruk semalam kembali reda.

Thursday, April 19, 2012

Kenali Brookings/ About Brookings: Oakwood Lake, Winsor, SD

Oakwood Lake berada di luar Brookings, iaitu di Winsor. Perjalanan ke tasik Oakwood mengambil masa selama 30 minit. Tasik ini lebih luas berbanding dengan tasik Brookings. Pelbagai aktiviti luar yang boleh dilakukan di sini seperti berkhemah, berkenu, memancing, tempat reakrasi dan berkelah.

Biasanya kami ke tasik Oakwood untuk melihat permandangan dan juga melihat banyak burung-burung yang pelbagai.

Peta tasik.
Luas permandangan... :) Subhanallah.
Rumah kabin tahun 1869. Tempat bersejarah.
Burung atas jalan.
Burung di tasik.
Orang berkenu.



Wednesday, April 18, 2012

Gambar: Bunga pink/ merah

Sekarang dah masuk musim bunga dan kebanyakkan pokok dah mula mengeluarkan bunga. Memang cantik sangat..Subhanallah.. :) Cuaca sekarang ni tak mengizinkan kami untuk beraktiviti di luar. Cuaca yang masih sejuk, hujan dan angin yang kuat.


Wednesday, April 11, 2012

Kenali Brookings/ About Brookings: Keperluan & kelengkapan rumah

Keperluan asas atau benda-benda yang perlu ada di rumah (yang berbeza dengan Malaysia):

Pemanas (heater) : memandangakan Amerika adalah negara 4 musim, pemanas amat diperlukan pada musim sejuk, dan

Pendingin (AC) juga diperlukan untuk musim panas. Seperti kami di sini, mula-mula kami hanya menggunakan kipas angin, tetapi suhu kering yang sangat panas menyebabkan kami memasang pendingin di rumah. Alhamdulillah, selesa :). Suhu pada musim panas boleh mencecah sehingga 40 darjah Celsius.

Air panas dan sejuk: Air di rumah biasanya tersangat sejuk, jadi untuk mengimbangi suhu air, setiap sumber air disediakan air panas.

Mesin pengering baju (dryer): Rata-rata rumah perlu mempunyai dryer untuk mengeringkan baju pada musim sejuk. Kami membasuh baju di tempat yang disediakan (laundry room) memandangkan kami tidak dibenarkan untuk menggunakan mesin basuh dan mesin pengering di rumah. Setiap mesin basuh adalah berbayar yang menggunakan syiling 25sen. Setiap basuhan dan keringan kami membelanjakan lebih kurang USD 2.


Monday, April 9, 2012

Tuesday, April 3, 2012

Gambar: Tulip



Alhamdulillah, musim bunga kali ni berpeluang tanam pokok bunga tulip depan rumah :). Tahun lepas tak menjadi sangat. Tulip adalah bunga yang bermusim dan hanya berbunga pada musim bunga.

Saturday, March 24, 2012

Kenali Brookings/ About Brookings: Apartment/ rumah keluarga

Apartment/ rumah keluarga atau disebut sebagai family housing disediakan oleh pihak South Dakota State University (SDSU) untuk pelajar yang sudah berkeluarga (keutamaan diberikan kepada pelajar 'master' dan 'phd').

Sebelum dapat menyewa di sini, pelajar hendaklah memohon dengan pihak universiti terlebih dahulu, dan permohonan yang diluluskan adalah berdasar kekosongan rumah. Kami menunggu selama setahun sebelum kami dapat berpindah ke family housing.

Terdapat dua jenis rumah, rumah yang mempunyai satu bilik dan rumah yang mempunyai dua bilik. Rumahnya tidaklah besar, tetapi cukupkan untuk memuatkan keperluan asas keluarga. Sewa yang dikenakan sangat rendah, dan kami tidak perlu membayar bil elektrik dan bil air. Selain itu, jarak rumah juga dekat dengan universiti. Alhamdulillah, kami sangat berpuas hati dan bersyukur dapat menyewa di sini.

Semasa berpindah ke family housing, suami saya menyewa truck di atas dan dipandu sendiri olehnya. :)

Apartment kami 1614C. :)

Keadaan perumahan semasa musim sejuk bulan lepas. 


Thursday, March 22, 2012

FYI: Duit syiling di Amerika


Duit syiling di sini dipanggil dengan pelbagai nama. Duit satu sen disebut sebagai penny. Duit lima sen pula dipanggil nickel. Duit sepuluh sen sebagai dime dan quarter untuk duit dua puluh lima sen.

The Penny
Penny
The penny is a US coin worth one cent. One hundred pennies make a dollar. One cent can be written 1¢ or $0.01.

The Nickel
nickel
The nickel is a US coin worth five cents. Twenty nickels make a dollar. One nickel can be written 5¢ or $0.05.

The Dime
dime reverse
The dime is a US coin worth ten cents. Ten dimes make a dollar. One dime can be written 10¢ or $0.10.

The Quarter
quarter reverse
The quarter (also called a quarter dollar) is a US coin worth twenty five cents. Four quarters make a dollar. One quarter can be written 25¢ or $0.25.

sumber: http://www.enchantedlearning.com/math/money/coins/

Saturday, March 17, 2012

Gambar: Trucks on a truck!

Hari ni pergi ke Sioux Falls untuk membeli lauk-pauk. Cuaca sangat baik hari ni, dan panas. Alhamdulillah perjalanan dimudahkan Allah, memang seronok, lebih-lebih lagi Aliya yang suka sangat bersiar-siar. Dalam perjalanan balik dari Sioux Falls ke Brookings, kami terserempak dengan lori (kalau di sini dipanggil truck). Lori yang membawa 3 biji lori lain. Laju pulak tu, gerun bila melintasi lori ni.



Wednesday, March 14, 2012

Gambar: Angsa (geese)



Sekarang ni dah masuk musim bunga. Salji pun sudah cair. Cuaca nyaman dan panas, Alhamdulillah. Memang selesa bila berada di luar rumah. Itik, angsa dan burung banyak kelihatan di sini. Memang cantik bila nampak sekawan burung atau angsa terbang, Subhanallah. Mungkin sekarang masa untuk haiwan keluar dan mencari makanan.

Tak sabar untuk tunggu bunga kembang dan pokok menghijau. :)

Saturday, March 10, 2012

Aktiviti: Basuh kereta

"Laser wash and touch free" car wash! Lupa nak ambil gambar sebelum dan selepas basuh, tapi memang berkilau la. Kat sini tempat basuh kereta semuanya menggunakan mesin. Rasanya tidak ada yang menggunakan khidmat pekerja. Bayaran sebanyak 10 dolar dikenakan selama 10-15 minit basuhan.




Sunday, March 4, 2012

Kenali Brookings/ About Brookings: Kedai Goodwill

Goodwill adalah salah satu tempat yang kami gemari. Goodwill adalah kedai barangan terpakai yang menjual pelbagai jenis barang yang telah didermakan oleh orang ramai. Kutipan wang daripada jualan, digunakan untuk membantu penduduk tempatan yang memerlukan. Alhamdulillah, selain dapat membeli barang dengan harga yang rendah, kami berpeluang untuk membantu insan lain.

Barangan di Goodwill juga berkualiti dan kadang-kadang kami bertuah dapat membeli barang yang nampak masih baru dengan harga yang sangat berpatutan. Ada sesetengah barangan di sana boleh dibeli dengan harga 50sen! Apa yang menarik, kadang-kadang kami tidak menjangka apa yang dapat dibeli di kedai Goodwill. Memang macam-macam benda boleh dijumpai di sini, dari mainan kanak-kanak, buku, kasut, pakaian dan barangan perhiasan rumah. Kerusi, basikal pinggan mangkuk dan barangan antik juga ada.

Barangan yang sering dibeli kami adalah mainan dan buku bacaan untuk Aliya. Kami juga ada membeli basikal, kamera antik untuk koleksi, serta pakaian. ^^

"The sales of your donations support programs that help people in your community".   ~http://www.goodwill.org/

Goodwill bertempat di downtown Brookings.

Thursday, March 1, 2012

FYI: Tandas ->toilet atau bathroom?

Kalau di Amerika, tandas dipanggil sebagai bathroom atau restroom, tapi biasanya akan disebut sebagai restroom. Ia dikatakan agak kasar jika kita menggunakan perkataan toilet! :)

Tuesday, February 28, 2012

Gambar: Hari berais

Subhanallah. Memang terpegun tengok pokok-pokok, lantai tanah dan rumput diselaputi ais. Hari ini, memang sepanjang hari hujan dan lembab, dan ditambah pula suhu yang sangat sejuk. Air yang ada, terus jadi ais, macam kristal bila lampu memancar...sungguh cantik ciptaan Allah...





Kenali Brookings/ About Brookings: Pasaraya Walmart

Pasaraya Walmart adalah tempat yang sering menjadi kunjungan kami di sini. Boleh dikatakan sekali dalam seminggu kami akan berkunjung ke Walmart untuk membeli barang dapur. Jaraknya sangat dekat dengan rumah kami, dalam 5-10 minit perjalanan dengan kereta. Walmart adalah satu-satunya pasaraya lengkap yang terdapat di Brookings.

Untuk pengetahuan, Walmart adalah tempat pertama yang kami kunjungi setibanya kami di bumi Brookings ini.

Walmart tiada banyak perbezaan ketara kalau dibandingkan dengan pasaraya di Malaysia. Ia persis dengan pasaraya Tesco. Ruangan luas dan terbuka memberikan kesenangan kepada pengunjung untuk membeli-belah. Kadang-kadang kami ke sini hanya untuk melihat-lihat barang sahaja(window shopping). Lagipun bolehlah memberi peluang kepada Aliya untuk bersosial. Pasaraya ini sering mengadakan ruangan 'clearance'. Memang seronok kalau dapat membeli barangan seperti baju bayi, barangan kelengkapan rumah dengan potongan sehingga 50-90%!





Thursday, February 23, 2012

Aktiviti: Perlumbaan Belon panas di Sioux Falls

Ini adalaha salah satu aktiviti yang memang ditunggu-tunggu. Kami tidak berkesempatan untuk berkunjung untuk tahun 2010, namun kami sangat bersyukur kerana diberi peluang dan kemudahan untuk merasainya pada tahun 2011. Memang satu pengalaman yang sangat menarik. Lagipun ini adalah kali pertama kami betul-betul dekat berada dengan belon panas. Tak sabar untuk menantikan acara ini pada bulan Jun nanti, insyaAllah.

Kami keluar rumah seawal 5 pagi, kerana belon akan dinaikkan pada jam 7 pagi (untuk mengelakkan matahari pada waktu tengah hari). Perjalanan ke Sioux Falls mengambil masa satu jam. 

Setibanya di Kenny Anderson Park, Sioux Falls, kami mencari tempat untuk bersarapan dan siapkan diri. Cuaca pagi sangat sejuk walaupun pada musim panas. Tempat penerbangan belon yang luas dan lapang memudahkan orang ramai bergerak dan dapat menghampiri belon dengan jarak yang dekat tanpa sekatan.

"This is one of the best moment in my life! :)"