Happy visit my photos gallery:

You're welcome to visit my photos gallery:
My photoblogMy Flickr

Mrs. Little Pumpkin's followers:

Tuesday, January 31, 2012

Gambar: Salji turun

Gambar ini bertarikh Januari 23, 2010 (dua tahun yang lepas). 
Keadaan salji lebat tidak begitu dirasai pada tahun ini. Malah salji yang ada sudah mula mencair beberapa hari yang lepas. Seperti tahun-tahun yang lepas, salji akan mencair pada bulan Mac. Cuaca pada tahun ini agak 'pelik' dan diakui oleh penduduk di sini sendiri.

Sunday, January 29, 2012

FYI: Makanan HALAL di Brookings

Daging halal daripada ISB: Kami mendapatkan sumber daging ayam, lembu dan kambing yang halal daripada surau (Islam Society of Brookings). Walaupun bekalan yang ada tidak banyak, tetapi cukuplah untuk merasa ayam dua/ tiga kali seminggu.

Food & Health Concepts (American health foods and international groceries): Kedai yang menjual beberapa bahan makanan halal. Bekalan daging halal di kedai ini tidaklah banyak. Jika bekalan dari surau sudah kehabisan, kedai inilah yang menjadi pilihan kami. Kami juga sering berkunjung ke sini untuk membeli ikan rohu/ ara yang mana tidak terdapat di pasaraya Brookings. Isinya sedap, ikan ini tergolong dalam keluarga ikan kap [1].

Selain itu, jika ada rezeki, kami juga boleh mendapatkan serai, daun kari, kicap masin, Indomee dan pati ayam halal. Kedai ini dimiliki oleh pasangan suami isteri daripada India.


Fast Food!:
Makanan segera yang sering menjadi pilihan kami adalah pizza dari Pizza Hut dan roti tuna dari Subway. Pizza keju kosong yang berintikan sayuran. Hanya tiga kedai menyediakan pizza yang diyakini halal iaitu Pizza Hut, Papa john dan Domino's Pizza. Untuk mendapatkan maklumat tentang makanan halal di Amerika/ US, laman web ini boleh dikunjungi: http://www.muslimconsumergroup.com/.

AWAS! Bukan semua makanan laut atau minuman berperisa ataupun aiskrim adalah halal. Kadang-kadang terselit juga gelatin haiwan dalam makanan tersebut. Sebab itulah kami berhati-hati dan merujuk kepada laman web Muslim Consumer Group tersebut.

Sioux Falls (sejam perjalanan dari Brookings): Terdapat dua tempat yang sering dikunjungi kami untuk mendapatkan bekalan makanan halal dan  bahan dapur daripada Asia.
  1. Baladna Kitchen:
    Lokasinya adalah di 1712 South Minnesota Avenue, Sioux Falls, SD 57105. Kami sering berkunjung ke sini untuk membeli barangan dapur, bahan mentah seperti nugget, daging burger, dan daging ayam. Selain itu kami tidak lepaskan peluang untuk menjamu selera dan menikmati makanan daripada negara timur tengah yang turut disediakan di sini. Menu seperti nasi beryani, kebab dan giro sering dijadikan pilihan. Alhamdulillah, sekurang-kurangnya merasa juga 'makan di luar' selain dari masakan sendiri! :) Memandangkan lokasinya jauh daripada Brookings, kami hanya ke sana sekali atau dua kali sebulan.
  2. Thanh Mai LLC oriental food & gifts (Vietnamese Store):
    Kedai ini menyediakan banyak bahan mentah yang kami 'kenali'. Walaupun kedainya tidaklah besar, tetapi padat dengan makanan daripada asia tenggara dan juga beberapa makanan daripada Malaysia. Sayur-sayuran dan bahan mentah seperti terung, kangkung, sawi hijau, sayur bayam, cili padi, serai, lengkuas, kunyit, taugeh, cendawan tiram, dan pelbagai lagi. Sos cili, Milo, biskut Julies juga ada. Alhamdulillah. :). Lokasi kedai berdekatan dengan Falls Park beralamat di: 824 E Rice Street, Sioux Falls, SD 57103
Selain itu, untuk mendapatkan maklumat tentang kedai, restoran halal di sekitar South Dakota/ di sekitar Amerika/ US sendiri, bolehlah berkunjung ke laman web zabihah.com

Baladna Kitchen
Thanh Mai LLC Vietnamese store
Google map of Thanh Mai


Sumber web:[1] http://renjersungai.blogspot.com/2011/03/info-tentang-ikan-rohuara.html
South Dakota Halal food, Brookings SD halal food, Sioux Falls halal food,South Dakota Halal restaurant, Brookings SD halal restaurant, Sioux Falls halal restaurant

Gambar: Rumah ladang di sepanjang lebuhraya i-29


Thursday, January 26, 2012

FYI: Tanda berHENTI

Tanda STOP adalah tanda untuk kereta berhenti untuk seketika, dan semua orang tahu tentang perkara ni. Malah di Malaysia pun, kita perlu ikut peraturan tanda berhenti, kan? :) Di Brookings, tindakan tegas akan dikenakan terhadap sesiapa yang tidak mengikut peraturan tanda berhenti ini. Memang banyak papan tanda STOP, dan di setiap tanda kami akan berhenti sekurang-kurangnya 3 saat, walaupun tiada kereta/ orang yang melalui jalan pada masa tersebut.

InsyaAllah, entri akan datang saya akan menceritakan tentang macam mana untuk mendapat lesen kereta di sini.
Kami akan berhenti seketika di setiap tanda STOP untuk keselamatan pejalan kaki.


Wednesday, January 25, 2012

Kenali Brookings/ About Brookings: Komuniti ISLAM Brookings (ISB)


Singkatan ISB adalah untuk Islamic Society of Brookings, SD. Kami disatukan atas nama Islam walaupun dari pelbagai jenis bangsa dan negara. Orang Islam di sini adalah kecil (minoriti) dan kebanyakkan adalah tenaga pengajar, pelajar dan juga pekerja di universiti.

Terdapat sebuah rumah dua tingkat yang dijadikan sebagai 'surau', tempat berkumpul, tempat solat Jumaat dan solat berjemaah, potluck, dan juga untuk majlis sambutan hari raya di sini. Aktiviti seperti dialog dan majlis ilmu turut diadakan. Terdapat persatuan yang ditubuhkan untuk  mengetuai komuniti ini. Pilihanraya diadakan setiap tahun untuk memilih ahli jawatan kuasa persatuan. Saya dan suami menjadi ahli komuniti dan bayaran $10 seorang dikenakan untuk dimasukkan ke dalam tabung komuniti sendiri.

Rata-rata orang Islam di sini daripada Mesir, Iran, Jordan, Bangladesh dan Malaysia (iaitu kami sekeluarga!). Kami anggarkan dalam 200 orang Islam yang tinggal di Brookings.

Monday, January 23, 2012

Kenali Brookings/ About Brookings: BSAF

BSAF adalah singkatan bagi Brookings Summer Arts Festival. BSAF biasanya berlangsung pada bulan Julai sesuai dengan namanya iaitu pada musim panas. Kami berpeluang mengunjungi festival seni musim panas ini pada tahun 2009 dan 2010. Kami biasanya ber'piknik' bersama-sama dengan menonton persembahan kanak-kanak dan musik, ataupun pementasan pendek yang diadakan di sini. Seronok juga dapat melihat pelbagai hasil  dan jualan seni, barangan antik, persembahan tradisi serta pelbagai lagi aktiviti yang berkaitan dengan 'arts'.

"Beautiful Pioneer Park in Brookings, South Dakota is home to South Dakota’s premier juried art festival. Over 200 artists from across the nation, representing 17 disciplines of art, grace Pioneer Park with original skilled and handcrafted works of art. 
Forty two gourmet and ethnic food booths satisfy every appetite. Historic and antique booths celebrate South Dakota’s heritage as well as a regional products area. A lively children’s area in the center of the park provides fun, educational activities. In addition to the great works of art, the festival has become known for the entertainers performing in the historic park band shell and on side stages throughout the park (source: http://www.bsaf.com/)"


BSAF berlangsung di Pioneer Park yang tidak jauh jauh dari rumah kami...memandangkan Brookings hanyalah sebuah bandar yang kecil :). Apa yang menarik, tidak ada bayaran masuk dikenakan, ianya percuma! Tetapi kena juga membayar tempat parkir kereta sebanyak $5.






Friday, January 20, 2012

FYI: Hay Baled


Round baler (wikipedia)
Hay bermasksud rumput kering, jerami untuk makanan ternakan. Bale pula bermaksud bungkusan/ karung.

Hay baled banyak terdapat di ladang-ladang dan padang rumput di sini selepas musim menuai hasil tanaman seperti jagung dan bijirin. Timbunan jerami ini dibuat dengan traktor khas yang dipanggil round baler. Jerami dikumpul untuk bekalan makanan haiwan ternakan pada musim sejuk.



'Bungkusan' rumput kering ini dibuat dalam pelbagai bentuk dan mempunyai kualitinya yang berbeza. Kebiasaan hay baled yang dijumpai di sini rata-rata berbentuk bulat.


*Visit wikipedia for more information

Thursday, January 19, 2012

Kenali Brookings/ About Brookings: McCrory Gardens

McCrory Garden adalah taman kegemaran kami sekeluarga, dan pastinya musim bunga adalah musim yang paling ditunggu-tunggu. Biasanya keadaan pada musim bunga dan musim panas tidak banyak beza, selain daripada perbezaan suhu.

Taman ini hanya 5-10 minit dari apartment kami. Kadang-kadang kami berbasikal ke sana ataupun berjalan kaki sahaja. Inilah tempat yang selalu menjadi tempat untuk berehat dan menenangkan minda.

"McCrory Gardens and South Dakota Arboretum (74 acres) are botanical gardens and an arboretum located on the South Dakota State University campus, at the intersection of 6th Street and 22nd Avenue, Brookings, South Dakota. They are open daily without charge.
The site contains both floral botanical gardens (20 acres) and an arboretum (45 acres), named in honor of Professor S. A. McCrory, head of SDSU's horticulture department from 1947 until his death in 1964.
Its gardens include 14 theme gardens, a rose garden (more than 30 varieties), an herb garden, and a children's maze (1140 feet of hedges at a height of three to six feet). The Centennial Prairie Garden represents 5 prairie environments, ranging from tall grass and short grass prairies to the montane prairie of the Black Hills. There is also a memorial to the late governor of South Dakota, George S. Mickelson.
The gardens are maintained by student workers as well as volunteers." ~wikipedia

Taman pada musim bunga atau panas:






Taman pada musim sejuk:

Taman bunga pada awal musim luruh:

Wednesday, January 18, 2012

FYI: We're here!

South Dakota terletak lebih kurang di tengah-tengah USA. Sesebuah negeri di sini memang sangat besar, malah setiap negeri mempunyai waktu dan masa yang berbeza-beza. Sebab itulah kami perlu membuat perancangan yang teliti sebelum bercuti ke sesebuah negeri, dari segi kos penerbangan dan masa! :)


Kenali Brookings/ About Brookings: FARMER'S MARKET

Pasar petani? atau pasar tani? Mmmmm tak pasti yang mana betulnya. Tapi rasa macam pergi pasar segar sahaja! Sayur-sayuran, buah-buahan, bunga, daging, madu, ada makanan seperti kek dan roti dijual oleh penduduk tempatan. Dan semuanya segar dari kebun/ rumah sendiri. Ada yang bersalut tanah dan berakar lagi. Pasarnya tidaklah begitu besar, paling banyak pun, rasanya  dalam 15- 20 khemah kecil sahaja  yang tersedia. Adakalanya meriah dan adakalanya tidak banyak bangsal jualan. Bergantung kepada 'penyertaan' penjual sendiri ataupun bergantung kepada hasil tanaman yang diperolehi.


Farmer's market diadakan di downtown yang berlangsung dua hari seminggu, hari Sabtu (8am-12pm) dan hari Rabu (3pm-6pm). Ia bermula dari bulan Mei sehingga bulan Oktober iaitu pada musim panas.

Kadang kala, pihak pengurusan akan mengadakan hari terbuka sempena perayaan atau jika ada apa-apa sambutan di sini. Musik, makanan percuma serta pelbagai aktiviti tersedia untuk pengunjung yang hadir.

Apabila berkunjung ke farmer's market, sayur-sayuran dan buah-buahan yang sering dibeli oleh saya. Segar dan sedap seperti dari kebun sendiri sahaja. Walaupun harganya sedikit mahal daripada pasaraya, tetapi rasanya puas bila dapat merasa hasil tanaman orang-orang di sini. Alhamdulillah.

"Market Description: This is a seasonal open-air market featuring local produce, baked goods, crafts, flowers and plants"[1].
Jualan bertemakan 'Colonial Days ( A celebration of life in the 1700's)'. Ada makan-makan, persembahan,
pameran, dan yang menarik sekali penjual memperagakan pakaian pada tahun 1700. 


Source:

[1] Farmer's Market Online

*All the writings are from my personal experience and for my personal journal to be shared. I'm very sorry if there are any sensitive or wrong descriptions about my writings. Comments and critics are welcome. Thank you.


InsyaAllah, saya akan memperkenalkan tentang McCrory Garden pada entri yang akan datang! :) Terima kasih.

Tuesday, January 17, 2012

FYI: Bailey Hall apartment

Bailey Hall apartment adalah tempat tinggal pertama kami setibanya kami di Brookings.  Apartment yang dijadikan sebagai asrama pelajar South Dakota State University, Bailey Hall adalah salah satu penempatan bagi pelajar-pelajar di sini. Selain Bailey, ada beberapa lagi asrama lain, sama seperti asrama-asrama bagi universiti di Malaysia.

Bagi saya, apartment ini sangat selesa. Dengan kemudahan dapur yang lengkap, perabot, tandas, serta disediakan 4 bilik untuk dihuni oleh 4 orang pelajar.  Setiap bilik pula terdapat sebuah katil kecil, meja belajar dan almari baju.

Kami berpindah ke family apartment selepas beberapa bulan kerana asrama ini hanya sesuai untuk pelajar yang belum berkeluarga.

Bilik kami no 118, hallway, dapur dan pantri.

Keadaan persekitaran  Bailey Hall Apartment. Sewa untuk seminggu dalam anggaran 330dolar seorang...

Monday, January 16, 2012

Kenali Brookings/ About Brookings: DOWNTOWN

Bagi rakyat Amerika, pusat bandar di sini dipanggil sebagai 'downtown'. Pusat bandar Brookings tidaklah begitu besar. Ia hanyalah sebuah pekan kecil tetapi mempunyai segala kemudahan seperti pejabat pos, bank-bank, balai polis, beberapa buah kedai makan, kedai barangan antik, kedai kraf penduduk tempatan, pusat komuniti, gimnasium, musium kanak-kanak serta pusat-pusat hiburan. Dianggarkan lebih daripada 200 buah kedai dan bangunan pelbagai jenis yang tersedia di sini. [1]

Yang menarik kalau diperhatikan, bangunan-bangunan di sini masih mengekalkan ciri sejarah dan bangunan lama yang cukup unik. Tidak perlu bercat moden yang berwarna terang, ciri dan keistimewaan bangunan lama asli cukup memberi daya tarikan kepada pengunjung yang bertandang.

Selain daripada itu, downtown sering dijadikan tempat untuk melakukan pelbagai acara dan aktiviti yang manarik seperti perarakan sempena sambutan perayaan, konsert kecil dan hiburan, hari terbuka, farmers market dan sebagainya. Menarik apabila dapat melihat ramai penduduk tempatan yang turun padang untuk menyertai aktiviti-aktiviti tersebut, pelbagai ragam dan gelagat dapat dilihat. Inilah peluang untuk beraktiviti bersama kelurga tersayang.

Mungkin gambar-gambar di bawah akan menceritakan lebih terperinci tentang keadaan dan ciri-ciri pusat bandar Brookings!

Deretan bangunan ialah kedai pakaian, kedai antik, kedai alat sukan, pub dan bar

Railway station, tetapi untuk laluan keretapi sahaja, bukan untuk mengambil penumpang.


Pejabat pos.




Crazy Day Sale


Source:


*All the writings are from my personal experience and for my personal journal to be shared. I'm very sorry if there are any sensitive or wrong descriptions about my writings. Comments and critics are welcome. Thank you. 


InsyaAllah, tajuk seterusnya akan menceritakan berkaitan farmers market yang berlangsung di downtown :)

Sunday, January 15, 2012

Kenali Brookings/ About Brookings: PENGENALAN

Gambar 29 Mei 2009.
Kami menjejakkan kaki di sebuah pekan kecil Brookings, South Dakota pada 16 Mei 2009. Terasa masih segar lagi kenangan masa mula-mula kami tiba di bumi asing ini. Kekok dengan keadaan suhu persekitaran, kami mengenakan jaket tebal dan baju berlapis-lapis. Padahal bulan Mei adalah untuk musim panas! Malu rasanya bila berjumpa dengan orang di sini yang hanya memakai baju t-shirt, malah ada yang berjemur dengan pakaian mandi dan ber'jogging' dengan hanya berseluar pendek!

"For your information, the county and the city got their names from one of South Dakota’s greatest pioneer promoters, Wilmot W. Brookings, and was platted in 1879[1]".

Kedatangan kami ke Brookings disambut dengan papan tanda besar yang tertulis "Welcome to Brookings" melalui leburaya I-29 daripada bandar Sioux Falls iaitu satu jam perjalanan menaiki kereta. Kiri dan kanan jalan dipenuhi dengan ladang-ladang jagung, bangsal-bangsal petani dan haiwan-haiwan ternak seperti kuda dan lembu. Jangan pula pelik kalau melihat lembu-lembu di sini kebanyakkannya atau boleh dikatakan semuanya berwarna hitam dan besar!

Hamparan hijau pokok-pokok jagung pada musim panas pula persis melihat sawah padi yang terbentang luas di Tanjung Karang, Selangor.  Luas mata memandang. Dan pastinya suasana yang berbeza dapat dilihat bagi setiap empat musim di sini. MasyaAllah, the nature never let me down.


Brookings dilihat sebagai sebuah pekan kecil yang pastinya mempunyai banyak perbezaan kalau dibandingkan dengan bandar-bandar atau pekan-pekan di Malaysia. Brookings lebih kepada sebuah pekan universiti, kerana rata-ratanya terdiri daripada para pelajar dan pendidik South Dakota State University, universiti yang menjadi penyebab kami berada di sini. Alhamdulillah. Populasi penduduk di sini dianggarkan seramai 30 ribu orang kalau dilihat pada statistik empat tahun yang lepas[2].

"It's looks like nothing much here, however it has a lot to be explored. Mmmm, what I can say is, this place is not suit for those who love tall buildings or for modern town lover!"
Keadaan pada musim sejuk di sepanjang leburaya I-29.

Suasana yang dapat dilihat sepanjang lebuhraya pada musim luruh atau selepas salji cair pada akhir musim sejuk. 
Keadaan ini biasanya dilihat pada musim panas atau musim bunga.

Source:

[1] http://brookingschamber.org/history-of-brookings/
[2] Google public data

*All the writings are from my personal experience and for my personal journal to be shared. I'm very sorry if there are any sensitive or wrong descriptions about my writings. Comments and critics are welcome. Thank you. 

InsyaAllah tajuk yang akan datang akan memperincikan lagi tentang pusat bandar di Brookings yang juga disebut sebagai 'downtown' bagi rakyat Amerika. Stay tune! :)

Aktiviti: Menikmati salji

Salji turun pada Rabu yang lepas, dan hari ini barulah kami betul-betul berpeluang 'menikmati' salji di McCrory Garden... Suhu yang sederhana sejuk, yang agak nyaman pada pagi ni memang memberikan keselesaan kepada kami yang tak tahan sejuk ni. Suhu hari ni dianggarkan dalam 1- 2  °C. Alhamdulillah, yang penting Aliya sangat 'enjoy' pagi tadi.

Salah satu panduan semasa berada di tempat sejuk adalah jangan lupa memakai sarung tangan! Kalau tidak tangan akan rasa kebas dan sakit. Telinga juga seringkali akan terkesan dengan suhu yang agak sejuk ini. Jadi, cara yang paling berkesan untuk melindungi telinga adalah dengan memakai 'snow-cap'.

*Aliya is my 2 years and 1 month old daughter. 
*Kami hanya berjalan kaki selama 10 min ke taman.

InsyaAllah nanti esok akan ada update... :) I'll try to update my blog everyday in the morning...huh semangat rasa plak...