Happy visit my photos gallery:

You're welcome to visit my photos gallery:
My photoblogMy Flickr

Mrs. Little Pumpkin's followers:

Wednesday, February 15, 2012

Aktiviti: Petik strawberi

Setiap tahun jika ada kelapangan masa dan rezeki, kami selalu berkunjung ke Sanderson Gardens di Aurora, untuk memetik strawberi sendiri. Aurora berada di luar Brookings tetapi tempatnya tidaklah begitu jauh daripada rumah kami. Perjalanan ke ladang strawberi mengambil masa selama 15minit sahaja.

Image from: http://www.pbase.com/jeanette/sanderson_gardens_807

Aktiviti musim panas (bermula pada bulan Mei) yang menyeronokkan untuk dihabiskan bersama keluarga terutamanya bagi Aliya. Selain strawberi, Sanderson Gardens juga turut menjual buah-buhan dan sayur-sayuran seperti rasberi, jagung manis, rhubarb dan labu.

Harga yang ditawarkan sangat murah berbanding dengan strawberi di pasaraya dan rasanya manis bila dimakan terus selepas dipetik. Tak sabar rasanya untuk berkunjung ke sana untuk musim kali ini. InsyaAllah.

Ladang strawberi.

Tempat untuk timbang dan bayar. Jadi kenalah bawa duit secukupnya kerana tiada orang yang menjaga 'kaunter'.



2 comments:

Are'in Zawjah Asyraf said...

kira percaya sepenuhnya la kan... :)

mama | papa |aliya said...

Ain, thanks for visiting this blog :) yeay..hehe a ah, memang takde orang pon kat situ, kami petik, kami timbang dan bayar...memang kena bawak duit kecik...