Happy visit my photos gallery:

You're welcome to visit my photos gallery:
My photoblogMy Flickr

Mrs. Little Pumpkin's followers:

Tuesday, February 28, 2012

Gambar: Hari berais

Subhanallah. Memang terpegun tengok pokok-pokok, lantai tanah dan rumput diselaputi ais. Hari ini, memang sepanjang hari hujan dan lembab, dan ditambah pula suhu yang sangat sejuk. Air yang ada, terus jadi ais, macam kristal bila lampu memancar...sungguh cantik ciptaan Allah...





Kenali Brookings/ About Brookings: Pasaraya Walmart

Pasaraya Walmart adalah tempat yang sering menjadi kunjungan kami di sini. Boleh dikatakan sekali dalam seminggu kami akan berkunjung ke Walmart untuk membeli barang dapur. Jaraknya sangat dekat dengan rumah kami, dalam 5-10 minit perjalanan dengan kereta. Walmart adalah satu-satunya pasaraya lengkap yang terdapat di Brookings.

Untuk pengetahuan, Walmart adalah tempat pertama yang kami kunjungi setibanya kami di bumi Brookings ini.

Walmart tiada banyak perbezaan ketara kalau dibandingkan dengan pasaraya di Malaysia. Ia persis dengan pasaraya Tesco. Ruangan luas dan terbuka memberikan kesenangan kepada pengunjung untuk membeli-belah. Kadang-kadang kami ke sini hanya untuk melihat-lihat barang sahaja(window shopping). Lagipun bolehlah memberi peluang kepada Aliya untuk bersosial. Pasaraya ini sering mengadakan ruangan 'clearance'. Memang seronok kalau dapat membeli barangan seperti baju bayi, barangan kelengkapan rumah dengan potongan sehingga 50-90%!





Thursday, February 23, 2012

Aktiviti: Perlumbaan Belon panas di Sioux Falls

Ini adalaha salah satu aktiviti yang memang ditunggu-tunggu. Kami tidak berkesempatan untuk berkunjung untuk tahun 2010, namun kami sangat bersyukur kerana diberi peluang dan kemudahan untuk merasainya pada tahun 2011. Memang satu pengalaman yang sangat menarik. Lagipun ini adalah kali pertama kami betul-betul dekat berada dengan belon panas. Tak sabar untuk menantikan acara ini pada bulan Jun nanti, insyaAllah.

Kami keluar rumah seawal 5 pagi, kerana belon akan dinaikkan pada jam 7 pagi (untuk mengelakkan matahari pada waktu tengah hari). Perjalanan ke Sioux Falls mengambil masa satu jam. 

Setibanya di Kenny Anderson Park, Sioux Falls, kami mencari tempat untuk bersarapan dan siapkan diri. Cuaca pagi sangat sejuk walaupun pada musim panas. Tempat penerbangan belon yang luas dan lapang memudahkan orang ramai bergerak dan dapat menghampiri belon dengan jarak yang dekat tanpa sekatan.

"This is one of the best moment in my life! :)"








Monday, February 20, 2012

Video: Salji turun

Seronok tengok salji turun hari ni selepas sekian lama menanti salji. Jadi saya tidak lepaskan peluang untuk membuat time-lapse.



Saturday, February 18, 2012

Gambar: Memancing di tasik beku

Bukan kami yang memancing, tetapi hari ni untuk pertama kali kami dapat melihat orang memancing di tengah-tengah tasik beku. Besar juga gerudi yang mereka bawa.


Kami ambil peluang/ risiko untuk merasa berjalan atas ais, memang berdebar, sebab risau ada tempat yang tak membeku...  Permandangan cantik dengan cuaca yang sangat nyaman, subhanallah, Alhamdulillah.

Friday, February 17, 2012

Akitviti: Memancing!

Musim panas (bulan Mei) adalah masa yang ditunggu-tunggu untuk beriadah bersama keluarga atau kawan-kawan. Waktu siang yang panjang dan cuaca yang baik memang sesuai untuk aktiviti di luar rumah. Memandangkan Brookings hanyalah pekan yang kecil dan tidak banyak tempat yang boleh dilawati, kami sentiasa mencari cara untuk mengisi masa lapang terutamanya pada hari-hari minggu. Dan Salah satu aktiviti yang kami gemari adalah memancing di tasik-tasik yang berdekatan.

Saya sendiri memang suka memancing sejak dari sekolah lagi. Jadi memang seronok bila dapat memancing, sambil-sambil menikmati permandangan tasik yang sangat cantik, subhanallah.

Untuk memancing di sini, kami dikenakan yuran sebanyak 20 dolar setahun untuk  satu joran. Kami mendapatkan lesen memancing di pasaraya Walmart.

When you purchase a fishing license, you're helping to protect, preserve and enhance the sport of fishing for today and for generations to come. License fees help pay for fishery and hatchery management, habitat development and protection, endangered species programs, fishing and conservation education, lake maps and other publications, and many other valuable programs.  Source: Take me fishing

Dakota Nature Park sering menjadi pilihan kami untuk memancing. Cantik bukan? Subhanallah. :)
Image source: Google map
Selain daripada memancing, kami memang jadikan tasik di Dakota Nature Park sebagai tempat bersantai.




Ikan yang biasa kami dapat adalah ikan keli. Biasanya kami tidak begitu bernasib baik , mungkin tahun ini boleh cuba lagi, insyaAllah.


Wednesday, February 15, 2012

Aktiviti: Petik strawberi

Setiap tahun jika ada kelapangan masa dan rezeki, kami selalu berkunjung ke Sanderson Gardens di Aurora, untuk memetik strawberi sendiri. Aurora berada di luar Brookings tetapi tempatnya tidaklah begitu jauh daripada rumah kami. Perjalanan ke ladang strawberi mengambil masa selama 15minit sahaja.

Image from: http://www.pbase.com/jeanette/sanderson_gardens_807

Aktiviti musim panas (bermula pada bulan Mei) yang menyeronokkan untuk dihabiskan bersama keluarga terutamanya bagi Aliya. Selain strawberi, Sanderson Gardens juga turut menjual buah-buhan dan sayur-sayuran seperti rasberi, jagung manis, rhubarb dan labu.

Harga yang ditawarkan sangat murah berbanding dengan strawberi di pasaraya dan rasanya manis bila dimakan terus selepas dipetik. Tak sabar rasanya untuk berkunjung ke sana untuk musim kali ini. InsyaAllah.

Ladang strawberi.

Tempat untuk timbang dan bayar. Jadi kenalah bawa duit secukupnya kerana tiada orang yang menjaga 'kaunter'.



Monday, February 13, 2012

Gambar: Matahari terbit , permandangan dari belakang rumah kami

Subhanallah...

Aktiviti: Baladna

Aliya dengan jus mangga, pemberian pakcik kedai Baladna :). Happy betul dia.
Sekali dalam dua minggu (jika ada kelapangan), kami akan meluangkan masa di Sioux Falls (sejam perjalanan dengan kereta) untuk membeli bekalan makanan seperti ayam mentah, daging burger, nugget serta bahan-bahan masakan lain. Baladna dan Vietnamese Stall sering menjadi pilihan kami. Alhamdulillah, dalam masa dua tahun kami berada di Brookings, banyak perubahan yang dapat di lihat dari segi perkembangan tempat untuk mendapatkan sumber makanan halal.

*Untuk melihat dan mendapatkan maklumat tentang tempat makan, kedai halal, kami sering merujuk di zabihah.com.

Thursday, February 9, 2012

Kenali Brookings/ About Brookings: The Coughlin Campanile tower

Menara Coughlin Campanile terletak di pintu masuk Universiti South Dakota State (walaupun universiti ini tidak berpagar dan berpintu! :) ). Menara ini dibina pada tahun 1929 menjadi mercu tanda bagi SDSU. Dengan ketinggian 165 kaki, ia boleh dilihat sejauh 20 batu daripada bandar Brookings. Pada masa menara ini dibina, ia adalaha struktur bangunan yang tertinggi di South Dakota dan telah disenaraikan sebagai tempat bersejarah pada tahun 1987 [1].


Source:
[1] http://www.flickr.com/photos/sdnationalregister/5877107060/in/set-72157625955630975/

Sunday, February 5, 2012

Kenali Brookings/ About Brookings: "Style" rumah di Brookings

Di sini saya ingin berkongsi gambar-gambar rumah yang diambil di Brookings. Rata-rata penempatan di sini terdiri daripada rumah, apartment, mobile home, dan rumah ladang (barn).

Kebiasaan rumah di sini mempunya garaj kereta dan bahagian bawah rumah (basement) dan rata-rata rumah tidak berpagar. Rumahnya agak klasik dan persis rumah kayu, tapi dinding rumahnya bukan daripada kayu, tapi sebenarnya dibuat daripada clapboards.

"Clapboard, also known as bevel siding or lap siding or weather-board (with regional variants as to the exact definitions of these terms), is a board used typically for exterior horizontal siding that has one edge thicker than the other and where the board above laps over the one below." ~wiki

For more information of clapboards here.

Rumah


Rumah yang disebelah kiri, Fishback House: 
The Fishback House is a well maintained nineteenth century home in Brookings, Brookings County, South Dakota. Constructed in 1895, the Neo-Colonial style dwelling is 2-1/2 stories tall and was built with clapboard siding, a cut stone foundation and wooden shingles. The Fishback House was listed on the National Register of Historic Places in 1976 and an extended boundary to include the barn was listed in 1987. source: SD National Register of Historic Places 





Apartment


Mobile home
Rumah ladang



Friday, February 3, 2012

Aktiviti: Makan aiskrim di SDSU Dairy Bar

Kami ke SDSU Dairy Bar semalam untuk menikmati home-made aiskrim di sana. Sedap dan murah, :).


Lokasi: Dairy Micro Building.

Wednesday, February 1, 2012

FYI: Waktu solat berubah mengikut musim

Memang suatu cabaran kepada kami apabila waktu solat di sini berubah-ubah mengikut musim. Keadaan yang sama juga dirasai di mana-mana tempat yang bermusim empat ini.

Masih teringat pada awal kami sampai ketika musim panas. Kami sembahyang subuh seawal jam 4 pagi dan solat isyak selewat jam 11 malam. Alhamdulillah, pelan-pelan kami dapat membiasakan diri.

Kami merujuk waktu solat di islamicfinder.org.  

Waktu solat untuk hari ini, 1 Februari, 2012

Waktu solat untuk bulan 5 nanti :)