Polisi pulangkan barang ni adalah salah satu kelebihan untuk pembeli di pasaraya untuk memulangkan semula barangan yang dibeli. Tak semua barang yang boleh dipulangkan, contohnya makanan, atau barangan yang telah digunakan.
Kami juga biasa pulangkan barang bila merasakan barang yang dibeli tidak sesuai atau ada masalah. Kami pernah memulangkan balik barang2 seperti baju, alat kelengkapan bayi, dan dengan mudah duit kami dikembalikan semula tanpa pertanyaan lanjut.
Setiap pasaraya mungkin ada polisi dan syarat2 yang berbeza-beza, tapi setakat yang kami lalui, kebanyakkan barang dapat dipulangkan dengan senang. Alhamdulillah. :)
*maklumat yang diberikan berdasarkan pengalaman kami sepanjang 4 tahun di sini.
Showing posts with label Tentang Brookings. Show all posts
Showing posts with label Tentang Brookings. Show all posts
Monday, October 21, 2013
Saturday, August 24, 2013
tahukah anda?: DANDELION
Salam, hari ni nak cerita pasal pokok rumpai yang bernama DANDELION. Masa kami sampai Brookings empat tahun lepas, tak tahu pula bunga kuning yang ada di kebanyakkan rumput ni rupanya bunga dandelion. Kami dapat tahu bila seorang kawan, warga Amerika yang memaklumkannya...haha malu je..tapi sekurang-kurangnya dah tahu sekarang, :)
Gambar: kitar hidup pokok rumpai dandelion
Gambar: kitar hidup pokok rumpai dandelion
![]() |
| follow my photography work here: https://www.facebook.com/wannorazalini.wh |
"Dandelions are common weeds. They can be found in the city or the country. They have long deep roots that makes them hard to kill.
Their yellow blossoms turn into white feathery seeds. These seeds are carried by the wind. When the dandelion seeds light, they often germinate and make more dandelion plants".
source: http://www.mbgnet.net/pfg/cycles/dande/index.htm
source: http://www.mbgnet.net/pfg/cycles/dande/index.htm
Tuesday, August 20, 2013
Open house!
Salam semua :)
Musim-musim raya ni mesti ada banyak rumah terbuka di Malaysia. Kat sini pun ada juga open house, tapi tak leh nak g makan-makan beraya, sebab open house kat sini bermaksud rumah tersebut di buka untuk dijual/ disewa. Pembeli yang berminat akan membuat 'survey' dari segi interior dalaman, reka bentuk, bilik dan semua yang berkaitan dengan rumah sebelum memilikinya...

| Iklan dari surat khabar |
Tuesday, March 5, 2013
Gambar: Prefabricated portable house! :)
Nak beli rumah? Jom pilih satu! Gambar di bawah adalah 'kedai' jual rumah 'bergerak' yang diambil di bandar **Sioux Falls. Kalau tak silap, rumah-rumah ini sedia dimiliki. Beli sahaja mana yang berkenan. Senang bukan? :)
"Prefabricated building is a type of building that consists of several factory-built components or units that are assembled on-site to complete the unit." ~ wiki
**Untuk pengetahuan, perkataan 'Sioux' disebut sebagai 'tsu'. Masa mula-mula kami di sini, kami menyebutkan dengan nada 'siuk'. Payah orang di sini untuk memahamkannya, :).
Wednesday, February 20, 2013
Gambar/ Aktiviti: Main layang-layang
Pada musim bunga 2 tahun lepas, kami menonton acara menaikkan layang-layang gergasi di padang bola sepak Brookings. Angin yang bertiup kencang sesuai untuk menaikkan layang-layang, tetapi kami tidak dapat berada lama di situ kerana udara yang tersangat sejuk. Aktiviti ini sesuai untuk beriadah bersama-sama keluarga di hujung minggu! :) Diharapkan tahun ini, kami dapat menyertainya lagi.
Monday, February 18, 2013
FYI: Empat musim
Selama empat tahun kami menetap di Brookings, kami dapat merasai semua musim yang ada, musim bunga, musim panas, musim luruh dan musim sejuk.
Pada waktu sekarang, Brookings masih lagi dalam musim sejuk. Jadual di bawah adalah hari permulaan dan pengakhiran untuk setiap musim pada tahun ini. Tarikh ini mungkin sama atau berubah dalam sehari atau dua hari bagi tahun-tahun berikutnya.
Pada musim panas pula, perbezaannya tidaklah begitu ketara dengan musim bunga, kecuali perbezaan suhu. Pastinya musim panas mempunyai suhu yang paling tinggi berbanding musim-musim lain (rasanya yang paling tinggi boleh mencecah sehingga 35°C dan ke atas).
Inilah masa yang sesuai untuk melakukan aktiviti di luar rumah. Tetapi, kadang-kala kami hanya berada di rumah ditemani pendingin atau berada di tempat-tempat tertutup kerana cuaca panas dan kering akan membuat kulit menjadi pedih dan sakit.
Selain itu, kami biasanya menggunakan peluang cuaca yang baik ini untuk bercuti dan keluar daripada Brookings, tetapi kami tidak mempunyai masa yang banyak untuk merancang percutian kerana kekangan kerja suami. Ini adalah masa yang baik untuk menanam padi-padinya! :) Jadi, percutian yang singkat pun oklah kan! :)
*Hari pertama musim panas dikira berdasarkan waktu siang yang paling panjang berbanding hari-hari lain dan dikenali sebagai summer solstice.
Selain musim sejuk, musim luruh adalah musim yang ditunggu-tunggu. Masa inilah kami berpeluang melihat daun-daun mulai kering, bertukar warna serta akan luruh dan menjadikan pokok sepenuhnya tanpa daun. SubhanAllah, memang cantik! Suhu akan mulai turun apabila hampir tiba dengan musim sejuk.
Info: Pokok pine adalah salah satu pokok yang berdaun sepanjang musim!
*Hari pertama musim sejuk pula ditentukan berdasarkan waktu siang yang paling pendek berbanding hari-hari lain, bertentangan dengan musim panas. Keadaan ini dinamakan winter solstice.
Salji yang turun biasanya tidak menentu. Kadang-kala turun selewat bulan 1, atau pun turun seawal bulan 11. Ada masanya salji turun dengan lebat dan disertai dengan angin yang kuat serta ribut. SubhanAllah.
Pastinya musim sejuk adalah musim yang paling dirindui bila kami pulang ke Malaysia nanti. Musim inilah kami boleh tidur seawal jam 8 malam kerana matahari mulai terbenam seawal jam 5 petang. Aktivit luar juga terhad kerana 'malam' yang datang begitu cepat dan kami tidak tahan dengan suhu yang tersangat sejuk (rasanya tahun ini serendah -26°C).
"Solstice berlaku sebanyak dua kali, iaitu ketika waktu siang panjang (summer solstice), dan sebaliknya untuk winter solstice" ~wiki.
Pada waktu sekarang, Brookings masih lagi dalam musim sejuk. Jadual di bawah adalah hari permulaan dan pengakhiran untuk setiap musim pada tahun ini. Tarikh ini mungkin sama atau berubah dalam sehari atau dua hari bagi tahun-tahun berikutnya.
20 March - 20 Jun (musim bunga)
21 Jun- 20 September (musim panas)
21 September - 20 Desember (musim luruh)
21 Desember - 19 Mac (musim sejuk)
Pada awal musim bunga, kami sangat teruja melihat pokok-pokok yang sebelumnya tanpa daun, mulai berputik. Putik-putik bunga juga mula bercambah.SubhanAllah. Pada masa ni, kami masih lagi memerlukan jaket bila berada di luar rumah. Angin pada musim bunga biasanya sangat sejuk/ dingin, walaupun suhu mulai naik (lebih kurang 10°C dan ke atas).
Pada pertengahan musim, semua bunga mulai subur dan berbunga. Cantik! Kebanyakkan bunga akan berbunga sampai musim panas dan mulai gugur menjelang musim luruh.
Pada musim panas pula, perbezaannya tidaklah begitu ketara dengan musim bunga, kecuali perbezaan suhu. Pastinya musim panas mempunyai suhu yang paling tinggi berbanding musim-musim lain (rasanya yang paling tinggi boleh mencecah sehingga 35°C dan ke atas).
Inilah masa yang sesuai untuk melakukan aktiviti di luar rumah. Tetapi, kadang-kala kami hanya berada di rumah ditemani pendingin atau berada di tempat-tempat tertutup kerana cuaca panas dan kering akan membuat kulit menjadi pedih dan sakit.
Selain itu, kami biasanya menggunakan peluang cuaca yang baik ini untuk bercuti dan keluar daripada Brookings, tetapi kami tidak mempunyai masa yang banyak untuk merancang percutian kerana kekangan kerja suami. Ini adalah masa yang baik untuk menanam padi-padinya! :) Jadi, percutian yang singkat pun oklah kan! :)
*Hari pertama musim panas dikira berdasarkan waktu siang yang paling panjang berbanding hari-hari lain dan dikenali sebagai summer solstice.
Info: Pokok pine adalah salah satu pokok yang berdaun sepanjang musim!
Salji yang turun biasanya tidak menentu. Kadang-kala turun selewat bulan 1, atau pun turun seawal bulan 11. Ada masanya salji turun dengan lebat dan disertai dengan angin yang kuat serta ribut. SubhanAllah.
Pastinya musim sejuk adalah musim yang paling dirindui bila kami pulang ke Malaysia nanti. Musim inilah kami boleh tidur seawal jam 8 malam kerana matahari mulai terbenam seawal jam 5 petang. Aktivit luar juga terhad kerana 'malam' yang datang begitu cepat dan kami tidak tahan dengan suhu yang tersangat sejuk (rasanya tahun ini serendah -26°C).
"Solstice berlaku sebanyak dua kali, iaitu ketika waktu siang panjang (summer solstice), dan sebaliknya untuk winter solstice" ~wiki.
Saturday, February 2, 2013
Kepingan salji (snowflake)
Alhamdulillah, petang ni salji turun di Brookings. Sempat main salji dengan Aliya, tanpa papa dan Alina. Gambar di bawah adalah bentuk kepingan salji yang turun. Sempat ambil gambar kepingan yang jatuh atas jaket, sebelum ianya cair. Subhanallah.
Partikel salji terdiri dari pelbagai bentuk dan saiz kristal ais. Salji yang turun biasanya terdiri daripada gumpalan kristal-kristal ais(seperti ais kisar) yang berwarna putih.
Informasi tentang snowflake dari wiki:
Snowflakes are conglomerations of frozen ice crystals which fall through the Earth's atmosphere. They begin as snow crystals which develop when microscopic super cooled cloud droplets freeze. Snowflakes come in a variety of sizes and shapes.
Complex shapes emerge as the flake moves through differing temperature and humidity regimes, such that individual snowflakes are nearly unique in structure.
Snowflakes encapsulated in rime form balls known as graupel. Snowflakes appear white in color despite being made of clear ice. This is due to diffuse reflection of the whole spectrum of light by the small crystal facets.
Source: http://en.wikipedia.org/wiki/Snowflake
Partikel salji terdiri dari pelbagai bentuk dan saiz kristal ais. Salji yang turun biasanya terdiri daripada gumpalan kristal-kristal ais(seperti ais kisar) yang berwarna putih.
![]() |
| Close-up snowflake. |
Informasi tentang snowflake dari wiki:
Snowflakes are conglomerations of frozen ice crystals which fall through the Earth's atmosphere. They begin as snow crystals which develop when microscopic super cooled cloud droplets freeze. Snowflakes come in a variety of sizes and shapes.
Complex shapes emerge as the flake moves through differing temperature and humidity regimes, such that individual snowflakes are nearly unique in structure.
Snowflakes encapsulated in rime form balls known as graupel. Snowflakes appear white in color despite being made of clear ice. This is due to diffuse reflection of the whole spectrum of light by the small crystal facets.
Source: http://en.wikipedia.org/wiki/Snowflake
Parhelion/ Sun dog
Assalamualaikum dan salam sejahtera, :) Harap semuanya sihat dan berada dalam rahmat Allah sentiasa. Selamat berhari minggu! :)
Pada hari Khamis lepas berlakunya fenomena alam yang dinamakan Parhelion atau 'sun dog' di Brookings. Subhanallah. Kami sangat bersyukur kerana berpeluang melihatnya untuk pertama kali, dan mungkin untuk kali terakhir.
Nama saintifik Parhelion berasal daripada Greek yang bermaksud 'beside the sun'. Dua cahaya (sun dog) terbentuk di sebelah kiri dan kanan matahari mewujudkan gegelang bulat (ring/ halo arcs) yang berpusatkan matahari. Sun dog terjadi kerana terbentuknya kristal ais di udara pada suhu yang tersangat sejuk. Kejadian ini biasanya berlaku di antartika dan artik. Lihat penerangan lanjut pada gambar di bawah.
Suhu pada hari tersebut tersangat sejuk iaitu pada -23 darjah Celsius ditambah dengan angin yang sangat kuat. Saya dapat berada di luar rumah untuk bergambar tidak kurang dari seminit atau dua minit, kerana cuaca yang sangat sejuk dapat membuatkan tangan, muka dan badan menjadi sakit dan pedih. Risau juga kalau lama-lama berada di luar rumah.
Jika dilihat dengan mata kasar, lingkungan bulat yang terbentuk tidak jelas kelihatan kerana cahaya matahari yang terlalu terang. Juga, lebih elok dan selamat untuk mata jika memakai cermin mata hitam atau tidak melihat matahari secara langsung.
Kami sangat teruja dan gembira dapat melihat Parhelion ini yang berlaku sepanjang hari, dari terbit dan sehingga terbenamnya matahari. Alhamdulillah. :) Satu pengalaman yang tak dapat dilupakan.
" Sundogs form as sunlight is refracted by hexagonal plate-like ice crystals with diameters larger than 30 micrometers and their flat faces horizontally oriented.
Sundogs are visible when the sun is near the horizon and on the same horizontal plane as the observer and the ice crystals. As sunlight passes through the ice crystals, it is bent by 22 degrees before reaching our eyes, much like what happens with 22 degree halos. This bending of light results in the formation of a sundog.
The difference between sundogs and halos is the preferential orientation of the ice crystals through which the light passes before reaching our eyes. If the hexagonal crystals are oriented with their flat faces horizontal, a sundog is observed. If the hexagonal crystals are randomly oriented, a halo is observed "

| Matahari terbit lebih kurang 7.44am dan terbenam jam 5.39pm |
Sunday, January 27, 2013
Ais cair
Selama lima hari 'terperangkap' di dalam rumah disebab suhu yang tersangat sejuk akhirnya kami berpeluang berkunjung ke tasik (Dakota Nature Lake) semalam. Ais sudah mulai cair walaupun suhu masih di bawah 0.
Saturday, January 26, 2013
Thursday, January 24, 2013
Tersangat sejuk/ bitterly cold | Pemanas/ heater
Kami tak dapat nak keluar rumah sebab suhu tersangat sejuk di luar. Suhu sejuk mungkin berterusan sepanjang minggu ni (suhu mencecah -15 darjah celcius keatas).
Kebiasaannya, hanya pemanas (heater) di dapur dan 'portable heater' sahaja yang di 'on' kan. Rumah yang biasanya suam-suam panas pun menjadi tersangat sejuk, jadi kami terpaksa buka semua pemanas yang ada dalam rumah.

| Pemanas panjang seperti ini terdapat di ruang tamu, dapur dan bilik tidur. Gambar ini diambil semasa kami mula-mula pindah masuk rumah 3 tahun yang lepas. Aliya yang masih bayi! :) |
![]() |
| Pemanas di bilik air. |
![]() |
| Pemanas mudah alih yang dibeli. |
![]() |
| Suhu di dalam rumah sekarang, lebih kurang 80°F/ 27°C tapi sejuknya macam berada di Cameron Highland. |
Thursday, January 17, 2013
Musim sejuk terakhir di Brookings
Sekarang adalah musim sejuk. Musim sejuk tahun ni tak semeriah tahun-tahun sebelum ini. Salji juga lambat turun dan sedikit. Salji yang ada juga mulai cair. Alhamdulillah, sekurang-kurangnya Allah memberikan peluang kepada kami sekeluarga untuk merasai salji di Brookings buat kali terakhir sebelum kami balik Malaysia beberapa bulan lagi (inshaaAllah).
Pastinya, musim sejuk adalah musim yang akan dirindui bila kami balik nanti. Secara peribadi, saya sangat menyukai musim sejuk. Salji white, bright and pure, membuatkan hati menjadi lapang dan tenang bila melihatnya. Suhu sejuk pun dapat tahan! Suhu yang paling rendah pada tahun ni mencecah -24 darjah celcius. Subhanallah.
Pada kali ni, saya tidak mepunyai banyak peluang untuk berada di luar, bermain dan merasai salji. Bila dah ada anak kecil, memang tidak ada ruang dan masa. Di bawah ini, saya sertakan gambar-gambar musim sejuk yang sempat saya rakamkan. Musim sejuk terakhir di Brookings:

Saturday, October 13, 2012
Musim luruh 2012/ Autumn 2012
Alhamdulillah, buat pertama kalinya, saya baru dapat merasai musim luruh di sini memandangkan pada musim luruh tahun-tahun sebelum ini, saya bercuti di Malaysia. Terpegun melihat pokok-pokok bermacam warna daun. Subhanallah.
Wednesday, May 2, 2012
Gambar: Amaran kecemasan tornado
Alhamdulillah, Brookings masih dilindungi Allah daripada tornado. Memang risau bila angin kuat, guruh dan kilat berlaku. Kami mendapat maklumat/ amaran tornado daripada National Weather Service melalui televisyen. Semua rancangan tv akan berhenti untuk memberi laluan kepada amaran kecemasan ini.
*Alhamdulillah, cuaca buruk semalam kembali reda.
Thursday, April 19, 2012
Kenali Brookings/ About Brookings: Oakwood Lake, Winsor, SD
Oakwood Lake berada di luar Brookings, iaitu di Winsor. Perjalanan ke tasik Oakwood mengambil masa selama 30 minit. Tasik ini lebih luas berbanding dengan tasik Brookings. Pelbagai aktiviti luar yang boleh dilakukan di sini seperti berkhemah, berkenu, memancing, tempat reakrasi dan berkelah.
Biasanya kami ke tasik Oakwood untuk melihat permandangan dan juga melihat banyak burung-burung yang pelbagai.
Biasanya kami ke tasik Oakwood untuk melihat permandangan dan juga melihat banyak burung-burung yang pelbagai.
| Peta tasik. |
| Luas permandangan... :) Subhanallah. |
| Rumah kabin tahun 1869. Tempat bersejarah. |
![]() |
| Burung atas jalan. |
![]() |
| Burung di tasik. |
| Orang berkenu. |
Wednesday, April 18, 2012
Gambar: Bunga pink/ merah
Sekarang dah masuk musim bunga dan kebanyakkan pokok dah mula mengeluarkan bunga. Memang cantik sangat..Subhanallah.. :) Cuaca sekarang ni tak mengizinkan kami untuk beraktiviti di luar. Cuaca yang masih sejuk, hujan dan angin yang kuat.
Wednesday, April 11, 2012
Kenali Brookings/ About Brookings: Keperluan & kelengkapan rumah
Keperluan asas atau benda-benda yang perlu ada di rumah (yang berbeza dengan Malaysia):
Pemanas (heater) : memandangakan Amerika adalah negara 4 musim, pemanas amat diperlukan pada musim sejuk, dan
Pendingin (AC) juga diperlukan untuk musim panas. Seperti kami di sini, mula-mula kami hanya menggunakan kipas angin, tetapi suhu kering yang sangat panas menyebabkan kami memasang pendingin di rumah. Alhamdulillah, selesa :). Suhu pada musim panas boleh mencecah sehingga 40 darjah Celsius.
Air panas dan sejuk: Air di rumah biasanya tersangat sejuk, jadi untuk mengimbangi suhu air, setiap sumber air disediakan air panas.
Mesin pengering baju (dryer): Rata-rata rumah perlu mempunyai dryer untuk mengeringkan baju pada musim sejuk. Kami membasuh baju di tempat yang disediakan (laundry room) memandangkan kami tidak dibenarkan untuk menggunakan mesin basuh dan mesin pengering di rumah. Setiap mesin basuh adalah berbayar yang menggunakan syiling 25sen. Setiap basuhan dan keringan kami membelanjakan lebih kurang USD 2.
Monday, April 9, 2012
Tuesday, April 3, 2012
Gambar: Tulip
Alhamdulillah, musim bunga kali ni berpeluang tanam pokok bunga tulip depan rumah :). Tahun lepas tak menjadi sangat. Tulip adalah bunga yang bermusim dan hanya berbunga pada musim bunga.
Monday, March 26, 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)