Happy visit my photos gallery:

You're welcome to visit my photos gallery:
My photoblogMy Flickr

Mrs. Little Pumpkin's followers:

Sunday, January 27, 2013

Ais cair

Selama lima hari 'terperangkap' di dalam rumah disebab suhu yang tersangat sejuk akhirnya kami berpeluang berkunjung ke tasik (Dakota Nature Lake) semalam. Ais sudah mulai cair walaupun suhu masih di bawah 0.

Saturday, January 26, 2013

Thursday, January 24, 2013

Tersangat sejuk/ bitterly cold | Pemanas/ heater

Kami tak dapat nak keluar rumah  sebab suhu tersangat sejuk di luar. Suhu sejuk mungkin berterusan sepanjang minggu ni (suhu mencecah -15 darjah celcius keatas).

Kebiasaannya, hanya pemanas (heater) di dapur dan 'portable heater' sahaja yang di 'on' kan. Rumah yang biasanya suam-suam panas pun menjadi tersangat sejuk, jadi kami terpaksa  buka semua pemanas yang ada dalam rumah.

Pemanas panjang seperti ini terdapat di ruang tamu, dapur dan bilik tidur.
Gambar ini diambil semasa kami mula-mula pindah masuk rumah 3 tahun yang lepas. Aliya yang masih bayi! :)
Pemanas di bilik air.
Pemanas mudah alih yang dibeli.
Suhu di dalam rumah sekarang, lebih kurang  80°F/ 27°C tapi sejuknya macam berada di Cameron Highland

Wednesday, January 23, 2013

Telur putih :-)


Sejak kami menetap di sini, telur ayam yang kami makan, kulitnya putih macam telur itik....Kami biasanya boleh habiskan 60 biji telur (2 papan) dalam masa dua minggu. Selain ayam, telur adalah sumber makanan penting kami di sini :). 'Brown egg' harganya lebih mahal daripada telur putih. Dua papan telur gred A yang kami beli harganya dari 8-10 dolar.  

Sunday, January 20, 2013

SEJUK...brrrrrr

Subhanallah. Malam ni suhu di Brookings dijangka tersangat sejuk dan dipanggil juga sebagai 'bitterly cold' dan ditambah dengan angin yang kencang. Keadaan ini dijangka berlarutan untuk beberapa hari. Sejuk yang melampau boleh mendatangkan bahaya untuk aktiviti luar rumah, jadi kami terpaksalah 'mengkuarantinkan' diri di rumah sahaja. :)

Sumber:  http://www.accuweather.com/en/us/brookings-sd/57006/daily-weather-forecast/335566?day=1

Gambar: 35 batu per jam!

Berhati-hati di jalan raya, jangan laju-laju ya!

Friday, January 18, 2013

Ais hitam?! berhati-hatilah

Dalam dua tiga hari ni, salji mulai cair walaupun suhu masih lagi bawah 0. Ais yang cair akan menjadi air beku yang membuatkan jalan jadi licin. Jadi, masa ni kena berhati-hati semasa memandu dan berjalan.

Keadaan ini dipanggil juga sebagai 'black ice'. Black ice tidak bewarna hitam, tetapi biasanya dalam keadaan jernih dan tidak kelihatan. 

Informasi tentang black ice daripada wiki:

Black ice, sometimes called clear ice, refers to a thin coating of glazed ice on a surface.

While not truly black, it is virtually transparent, allowing black asphalt/macadam roadways to be seen through it, hence the term "black ice". The typically low levels of noticeable ice pellets, snow, or sleet surrounding black ice means that areas of the ice are often practically invisible to drivers and thereby do not serve as a good indicator that they should reduce their speeds.


Pagi ni, pekerja yang uruskan kawasan rumah datang untuk bersihkan ais di kawasan pejalan kaki.

Tiga perkara yang saya belajar mengenai musim sejuk di Brookings:

  1. Bila suhu di luar terlalu sejuk, memang lebih selesa dan selamat berada di rumah.
  2. Jalan menjadi licin kerana 'black ice', jadi semasa berjalan memang kena berhati2 melangkah.
  3. Tiga bahagian penting yang perlu ditutup (selain daripada kawasan aurat), jejari tangan, telinga, dan hidung!

Thursday, January 17, 2013

Musim sejuk terakhir di Brookings

Sekarang adalah musim sejuk. Musim sejuk tahun ni tak semeriah tahun-tahun sebelum ini. Salji juga lambat turun dan sedikit. Salji yang ada juga mulai cair. Alhamdulillah, sekurang-kurangnya Allah memberikan peluang kepada kami sekeluarga untuk merasai salji di Brookings buat kali terakhir sebelum kami balik Malaysia beberapa bulan lagi (inshaaAllah).

Pastinya, musim sejuk adalah musim yang akan dirindui bila kami balik nanti. Secara peribadi, saya sangat menyukai musim sejuk. Salji white, bright and pure, membuatkan hati menjadi lapang dan tenang bila melihatnya. Suhu sejuk pun dapat tahan! Suhu yang paling rendah pada tahun ni mencecah -24 darjah celcius. Subhanallah.

Pada kali ni, saya tidak mepunyai banyak peluang untuk berada di luar, bermain dan merasai salji. Bila dah ada anak kecil, memang tidak ada ruang dan masa. Di bawah ini, saya sertakan gambar-gambar musim sejuk yang sempat saya rakamkan. Musim sejuk terakhir di Brookings:










Sunday, January 13, 2013

Makan-makan: Shahi Palace, Sioux Falls

Hari minggu adalah masa yang sesuai untuk kami ke Sioux Falls untuk membeli barang dapur dan bahan-bahan mentah. Kami berpeluang makan tengah hari di sebuah restoran India (Shahi Palace) yang menyedia nasi dengan daging kambing halal. Makanannya sedap dan disediakan secara 'buffet'. Kami membayar $10 sekepala. Alhamdulillah.

Restorannya juga bersih dan selesa, serta mempunyai pelayan yang ramah yang muka ala-ala Shah Rukh Khan, eh! :)

Informasi berkaitan Shahi Palace:

Laman web: http://www.shahipalaceinc.com/
Alamat: 2527 S Shirley Ave., Sioux Falls, SD 57106

Gambar-gambar:

Shahi Palace India Grill.
Teh  dan makanan tengah hari kami pada hari ini. Alhamdulillah.
Kami datang awal. Restoran sebelum dipenuhi pengunjung.

Sunday, January 6, 2013

South Dakota Wind Turbines field

Selepas asar, lebih kurang jam 3 petang, kami berpeluang mengunjungi kawasan ladang yang menempatkan puluhan kincir angin berkuasa tinggi. Tempat ini adalah salah satu tarikan yang sering kami kunjungi. Luas mata memandang dan tempatnya tidak jauh dari rumah kami (15 minit berkereta).

Suhu sangat sejuk (lebih kurang -11°C) dan lembab pada hari ni. Saya merakamkan mana-mana permandangan yang dapat sebelum badan menggigil kesejukan. Kedua-dua anak pun tidur, jadi senanglah untuk kami singgah mana-mana tempat yang cantik. Semasa perjalanan pulang ke rumah, kami berpeluang menikmati matahari terbenam. Subhanallah.







Tuesday, January 1, 2013

Tahun 'dua puluh tiga belas'

Lama rasanya tak mengemaskini blog. Masa terluang sangat terhad sejak melahirkan Alina Safirah (anak perempuan kedua) 6 November 2012 yang lepas. Alhamdulillah, segala urusan bersalin dan berpantang di Brookings dimudahkan Allah. Memandangkan ini adalah kali kedua pengalaman melahirkan anak di perantauan, jauh dari keluarga. Terima kasih suami yang selalu memberi sokongan moral dan fizikal, membantu apa yang perlu.

Assalamualaikum dan selamat datang tahun 2013! Semoga kita panjang umur dan murah rezeki untuk berbuat kebaikan dan beribadah ke jalan Allah, amin. :)