Happy visit my photos gallery:

You're welcome to visit my photos gallery:
My photoblogMy Flickr

Mrs. Little Pumpkin's followers:

Monday, February 18, 2013

FYI: Empat musim

Selama empat tahun kami menetap di Brookings, kami dapat merasai semua musim yang ada, musim bunga, musim panas, musim luruh dan musim sejuk.

Pada waktu sekarang, Brookings masih lagi dalam musim sejuk. Jadual di bawah adalah hari permulaan dan pengakhiran untuk setiap musim pada tahun ini. Tarikh ini mungkin sama atau berubah dalam sehari atau dua hari bagi tahun-tahun berikutnya.

20 March - 20 Jun (musim bunga)
21 Jun- 20 September (musim panas)
21 September - 20 Desember (musim luruh)
21 Desember - 19 Mac (musim sejuk)

Pada awal musim bunga, kami sangat teruja melihat pokok-pokok yang sebelumnya tanpa daun, mulai berputik. Putik-putik bunga juga mula bercambah.SubhanAllah. Pada masa ni, kami masih lagi memerlukan jaket bila berada di luar rumah. Angin pada musim bunga biasanya sangat sejuk/ dingin, walaupun suhu mulai naik (lebih kurang 10°C  dan ke atas).

Pada pertengahan musim, semua bunga mulai subur dan berbunga. Cantik! Kebanyakkan bunga akan berbunga sampai musim panas dan mulai gugur menjelang musim luruh.


Pada musim panas pula, perbezaannya tidaklah begitu ketara dengan musim bunga, kecuali perbezaan suhu. Pastinya musim panas mempunyai suhu yang paling tinggi berbanding musim-musim lain (rasanya yang paling tinggi boleh mencecah sehingga 35°C dan ke atas).

Inilah masa yang sesuai untuk melakukan aktiviti di luar rumah. Tetapi, kadang-kala kami hanya berada di rumah ditemani pendingin atau berada di tempat-tempat tertutup kerana cuaca panas dan kering akan membuat kulit menjadi pedih dan sakit.

Selain itu, kami biasanya menggunakan peluang cuaca yang baik ini untuk bercuti dan keluar daripada Brookings, tetapi kami tidak mempunyai masa yang banyak untuk merancang percutian kerana kekangan kerja suami. Ini adalah masa yang baik untuk menanam padi-padinya! :) Jadi, percutian yang singkat pun oklah kan! :)

*Hari pertama musim panas dikira berdasarkan waktu siang yang paling panjang berbanding hari-hari lain dan dikenali sebagai summer solstice.

Selain musim sejuk, musim luruh adalah musim yang ditunggu-tunggu. Masa inilah kami berpeluang melihat daun-daun mulai kering, bertukar warna serta akan luruh dan menjadikan pokok sepenuhnya tanpa daun. SubhanAllah, memang cantik! Suhu akan mulai turun apabila hampir tiba dengan musim sejuk.

Info: Pokok pine adalah salah satu pokok yang berdaun sepanjang musim!

*Hari pertama musim sejuk pula ditentukan berdasarkan waktu siang yang paling pendek berbanding hari-hari lain, bertentangan dengan musim panas. Keadaan ini dinamakan winter solstice.

Salji yang turun biasanya tidak menentu. Kadang-kala turun selewat bulan 1, atau pun turun seawal bulan 11. Ada masanya salji turun dengan lebat dan disertai dengan angin yang kuat serta ribut. SubhanAllah.

Pastinya musim sejuk adalah musim yang paling dirindui bila kami pulang ke Malaysia nanti. Musim inilah kami boleh tidur seawal jam 8 malam kerana matahari mulai terbenam seawal jam 5 petang. Aktivit luar juga terhad kerana 'malam' yang datang begitu cepat dan kami tidak tahan dengan suhu yang tersangat sejuk (rasanya tahun ini serendah -26°C).

"Solstice berlaku sebanyak dua kali, iaitu ketika waktu siang panjang (summer solstice), dan sebaliknya untuk winter solstice" ~wiki.


No comments: