Apartment/ rumah keluarga atau disebut sebagai
family housing disediakan oleh pihak
South Dakota State University (SDSU) untuk pelajar yang sudah berkeluarga (keutamaan diberikan kepada pelajar 'master' dan 'phd').
Sebelum dapat menyewa di sini, pelajar hendaklah memohon dengan pihak universiti terlebih dahulu, dan permohonan yang diluluskan adalah berdasar kekosongan rumah. Kami menunggu selama setahun sebelum kami dapat berpindah ke
family housing.
Terdapat dua jenis rumah, rumah yang mempunyai satu bilik dan rumah yang mempunyai dua bilik. Rumahnya tidaklah besar, tetapi cukupkan untuk memuatkan keperluan asas keluarga. Sewa yang dikenakan sangat rendah, dan kami tidak perlu membayar bil elektrik dan bil air. Selain itu, jarak rumah juga dekat dengan universiti. Alhamdulillah, kami sangat berpuas hati dan bersyukur dapat menyewa di sini.
|
Semasa berpindah ke family housing, suami saya menyewa truck di atas dan dipandu sendiri olehnya. :) |
|
Apartment kami 1614C. :) |
|
Keadaan perumahan semasa musim sejuk bulan lepas. |
No comments:
Post a Comment