Polisi pulangkan barang ni adalah salah satu kelebihan untuk pembeli di pasaraya untuk memulangkan semula barangan yang dibeli. Tak semua barang yang boleh dipulangkan, contohnya makanan, atau barangan yang telah digunakan.
Kami juga biasa pulangkan barang bila merasakan barang yang dibeli tidak sesuai atau ada masalah. Kami pernah memulangkan balik barang2 seperti baju, alat kelengkapan bayi, dan dengan mudah duit kami dikembalikan semula tanpa pertanyaan lanjut.
Setiap pasaraya mungkin ada polisi dan syarat2 yang berbeza-beza, tapi setakat yang kami lalui, kebanyakkan barang dapat dipulangkan dengan senang. Alhamdulillah. :)
*maklumat yang diberikan berdasarkan pengalaman kami sepanjang 4 tahun di sini.
No comments:
Post a Comment