Happy visit my photos gallery:

You're welcome to visit my photos gallery:
My photoblogMy Flickr

Mrs. Little Pumpkin's followers:

Monday, October 21, 2013

FYI: Polisi pulangkan barang

Polisi pulangkan barang ni adalah salah satu kelebihan untuk pembeli di pasaraya untuk memulangkan semula barangan yang dibeli. Tak semua barang yang boleh dipulangkan, contohnya makanan, atau barangan yang telah digunakan.

Kami juga biasa pulangkan barang bila merasakan barang yang dibeli tidak sesuai atau ada masalah. Kami pernah memulangkan balik barang2 seperti baju, alat kelengkapan bayi, dan dengan mudah duit kami dikembalikan semula tanpa pertanyaan lanjut.

Setiap pasaraya mungkin ada polisi dan syarat2 yang berbeza-beza, tapi setakat yang kami lalui, kebanyakkan  barang  dapat dipulangkan dengan senang. Alhamdulillah. :)

*maklumat yang diberikan berdasarkan pengalaman kami sepanjang 4 tahun di sini.


Thursday, October 17, 2013

Malden yang dirindui

Alhamdulillah semalam kami baru sahaja pulang dari field trip suami ke sawah padi di Malden, Missouri. Dan ini mungkin kali terakhir kami menjejakkan kaki ke sini. Pekan Malden agak kecil dan banyak kawasan ladang2 dan sawah2 padi.

A: Brookings, B: Malden
sumber: Google Map

Jarak perjalanan kereta dari Brookings ke Malden mengambil masa selama 12 jam.

Fakta: Ibu negeri Missouri adalah Jefferson City.

Tahun lepas, kami juga berpeluang menetap di Malden selama dua bulan. Satu tempoh yang cukup untuk kami mengabdikan kenangan di sana. Dua perkara yang sentiasa menjadi 'favorite' kami di Malden adalah matahari terbit dan terbenam serta kawasan ladang-ladang dan sawah yang luas mata memandang, cantik! Subhanallah.

Musim menuai sekarang ni

Matahari terbenam
Malden mempunyai populasi penduduk dalam lingkungan 4-5 ribu orang sahaja. Ada sebuah hotel (Malden Airport Inn), yang selalu menjadi penempatan kami bila di Malden.

Jarak hotel ke tempat kerja suami (sawah padi) lebih kurang dalam 15 min dengan berkereta. Banyak ladang-ladang tanaman dapat dilihat sepanjang perjalanan ke sawah padi seperti ladang jagung, ladang soya, dan ladang kapas. Kawasan lapang dan agak luas. Cantik.

Pokok kapas

Malden banyak meninggalkan kenangan kepada kami sekeluarga. Bila berada di sana, terasa macam dekat dengan Malaysia, terutamanya bila berada di kawasan sawah.

Terima kasih dan selamat tinggal Malden! :)