Kami tak dapat nak keluar rumah sebab suhu tersangat sejuk di luar. Suhu sejuk mungkin berterusan sepanjang minggu ni (
suhu mencecah -15 darjah celcius keatas).
Kebiasaannya, hanya pemanas (
heater) di dapur dan 'portable heater' sahaja yang di 'on' kan. Rumah yang biasanya suam-suam panas pun menjadi tersangat sejuk, jadi kami terpaksa buka semua pemanas yang ada dalam rumah.
 |
Pemanas panjang seperti ini terdapat di ruang tamu, dapur dan bilik tidur.
Gambar ini diambil semasa kami mula-mula pindah masuk rumah 3 tahun yang lepas. Aliya yang masih bayi! :) |
 |
Pemanas di bilik air. |
 |
Pemanas mudah alih yang dibeli. |
 |
Suhu di dalam rumah sekarang, lebih kurang 80°F/ 27°C tapi sejuknya macam berada di Cameron Highland. |
No comments:
Post a Comment