Fakta: Minneapolis bandar terbesar bagi negeri Minnesota (MN)
St. Paul adalah ibu negeri MN
Map of USA highlighting MN source: wiki |
Selain untuk membeli belah, kami sempat berkunjung ke Sea Life Aquarium di Mall of America. Seronok bila tengok anak-anak seronok, Alhamdulillah :).
Mall of America ni macam Berjaya Time Square di Malaysia. Banyak terdapat kedai2 berjenama dengan harga barang yang mahal dan juga terdapat tempat riadah keluarga. Nak cari parking kereta kat sini sangatlah susah (sebab ramai orang) walaupun kawasan parking agak besar, mungkin sebab kami berkunjung pada hari minggu. Tapi parkingnya free! :)
1. Kami memulakan perjalanan dari Brookings pada jam 9 pagi hari Sabtu (28 Sept) dan kami menyewa kereta di Siuox Falls Airport (FSD). Ni kes tak sempat nak servis kereta sebab perancangan last minit!
Kos sewa kereta: $100 (untuk 2 hari setengah)
Minyak kereta: $60 (dua kali isi)
Makanan dari restoran halal: $100 (untuk 2 hari)
2. Dari FSD, suami memandu selama 4 jam untuk sampai ke hotel penginapan (Best-western) di Eagan, MN.
Beli subway sandwich untuk lunch: $10 (2 foot-longs)
Hotel: $100 (untuk semalaman)
3. Petang jam 6 dari hotel kami ke Mall of America sebab Aliya nak pergi akuarium.
Tiket masuk Sea Life Aqurium: anggaran $60(ingat2 lupa)
Makan2 snacks: $20
Toys untuk aliya: $15
Jelly fish at Sea Life Aquarium |
4. Hari Ahad pagi selepas sarapan, kami menuju ke State Capitol, di St. Paul lebih kurang 15 minit perjalanan dari hotel.
State Capitol of Minnesota |
"The Minnesota State Capitol is located in Minnesota's capital city, Saint Paul, and houses the Minnesota Senate, Minnesota House of Representatives, the Office of the Attorney Generaland the Office of the Governor. The building also includes a chamber for the Minnesota Supreme Court, although court activities usually take place in the neighboring Minnesota Judicial Center."~ wiki
Permandangan bandar St. Paul dari depan MN State Capitol. |
Bandaraya St. Paul (kalau tak silap) |
5. Dari State Capitol, kami bergerak menuju ke Albertville Premium Outlets, yang mengambil masa selama satu jam dari MN State Capitol. Ni adalah kali kedua kami berpeluang ke Shopping outlet camni, sebelumnya di Florida. Seronok dan selesa shopping kat sini, tempatnya sangat luas, dan Alhamdulillah parkingnya senang nak dapat. Penuh bonet jugak beli barang, dan kebanyakkannya yang nak buat balik Malaysia (harap urusan dipermudahkan Allah, amin).
Shopping! Alhamdulillah :) |
Lama juga kami di Albertville, pagi sampai ke petang, tu pun rasa tak cukup masa lagi. Jam 4 petang, kami bergerak balik menuju ke Sioux Fall untuk memulangkan kereta.
Dalam satu jam perjalanan balik, kami sempat singgah kebun epal. Subhanallah ini adalah kali pertama kami berpeluang untuk memetik epal sendiri. Alhamdulillah, seronok, dan mungkin akan ada satu entry baru pasal lawatan ke kebun epal, insyaAllah.
Minnesota Harvest Apple Orchard
8251 Old Highway 169 Blvd
Jordan, MN 55352
|
Kami sampai rumah selewat jam 11 malam. Penat sangat tapi satu percutian pendek yang menyeronokkan, Alhamdulillah. Anak-anak pun tak banyak ragamnya...
Jumlah belanja secara kasar dua hari kami ke MN= $500 (tak termsuk shopping di Albertville)
6. Konklusi: Perjalanan menuju ke MN dari Brookings agak seronok buat kami. Sepanjang perjalanannya di kiri kanan jalan kami dapat melihat pokok-pokok yang dah mulai menguning, dan kami melalui kawasan 'ladang' kincir angin. Selain itu kami melalui ladang-ladang tanaman seperti jagung, dan soya yang sudah kering, mungkin bila-bila masa untuk dituai.
*tulisan ini adalah catatan peribadi kami untuk panduan dan informasi bersama, dan minta maaf jika ada salah fakta, atau maklumat dalam penulisan ini. Salam.