Happy visit my photos gallery:

You're welcome to visit my photos gallery:
My photoblogMy Flickr

Mrs. Little Pumpkin's followers:

Wednesday, February 20, 2013

Gambar/ Aktiviti: Main layang-layang



Pada musim bunga 2 tahun lepas, kami menonton acara menaikkan layang-layang gergasi di padang bola sepak Brookings. Angin yang bertiup kencang sesuai untuk menaikkan layang-layang, tetapi kami tidak dapat berada lama di situ kerana udara yang tersangat sejuk. Aktiviti ini sesuai untuk beriadah bersama-sama keluarga di hujung minggu! :) Diharapkan tahun ini, kami dapat menyertainya lagi.

Tuesday, February 19, 2013

Gambar: Perbezaan antara musim sejuk dan musim bunga


Gambar musim sejuk diambil pada 9/12/2012, manakala gambar musim bunga diambil pada 19/5/2012. SubhanAllah. :)

Gambar: Perbezaan pagi dan petang semasa bersalji

Suka tengok bila kereta diselimuti salji. 'Putih' mata memandang! Tetapi keadaan ini akan memberi tambahan kerja kepada kami apabila hendak keluar nanti. Salji yang ada atas kereta dan salji yang ada di laluan keluar kenalah dibersihkan. Kalau tidak bernasib baik, tayar kereta boleh terperangkap dalam salji yang dalam. 

Monday, February 18, 2013

FYI: Empat musim

Selama empat tahun kami menetap di Brookings, kami dapat merasai semua musim yang ada, musim bunga, musim panas, musim luruh dan musim sejuk.

Pada waktu sekarang, Brookings masih lagi dalam musim sejuk. Jadual di bawah adalah hari permulaan dan pengakhiran untuk setiap musim pada tahun ini. Tarikh ini mungkin sama atau berubah dalam sehari atau dua hari bagi tahun-tahun berikutnya.

20 March - 20 Jun (musim bunga)
21 Jun- 20 September (musim panas)
21 September - 20 Desember (musim luruh)
21 Desember - 19 Mac (musim sejuk)

Pada awal musim bunga, kami sangat teruja melihat pokok-pokok yang sebelumnya tanpa daun, mulai berputik. Putik-putik bunga juga mula bercambah.SubhanAllah. Pada masa ni, kami masih lagi memerlukan jaket bila berada di luar rumah. Angin pada musim bunga biasanya sangat sejuk/ dingin, walaupun suhu mulai naik (lebih kurang 10°C  dan ke atas).

Pada pertengahan musim, semua bunga mulai subur dan berbunga. Cantik! Kebanyakkan bunga akan berbunga sampai musim panas dan mulai gugur menjelang musim luruh.


Pada musim panas pula, perbezaannya tidaklah begitu ketara dengan musim bunga, kecuali perbezaan suhu. Pastinya musim panas mempunyai suhu yang paling tinggi berbanding musim-musim lain (rasanya yang paling tinggi boleh mencecah sehingga 35°C dan ke atas).

Inilah masa yang sesuai untuk melakukan aktiviti di luar rumah. Tetapi, kadang-kala kami hanya berada di rumah ditemani pendingin atau berada di tempat-tempat tertutup kerana cuaca panas dan kering akan membuat kulit menjadi pedih dan sakit.

Selain itu, kami biasanya menggunakan peluang cuaca yang baik ini untuk bercuti dan keluar daripada Brookings, tetapi kami tidak mempunyai masa yang banyak untuk merancang percutian kerana kekangan kerja suami. Ini adalah masa yang baik untuk menanam padi-padinya! :) Jadi, percutian yang singkat pun oklah kan! :)

*Hari pertama musim panas dikira berdasarkan waktu siang yang paling panjang berbanding hari-hari lain dan dikenali sebagai summer solstice.

Selain musim sejuk, musim luruh adalah musim yang ditunggu-tunggu. Masa inilah kami berpeluang melihat daun-daun mulai kering, bertukar warna serta akan luruh dan menjadikan pokok sepenuhnya tanpa daun. SubhanAllah, memang cantik! Suhu akan mulai turun apabila hampir tiba dengan musim sejuk.

Info: Pokok pine adalah salah satu pokok yang berdaun sepanjang musim!

*Hari pertama musim sejuk pula ditentukan berdasarkan waktu siang yang paling pendek berbanding hari-hari lain, bertentangan dengan musim panas. Keadaan ini dinamakan winter solstice.

Salji yang turun biasanya tidak menentu. Kadang-kala turun selewat bulan 1, atau pun turun seawal bulan 11. Ada masanya salji turun dengan lebat dan disertai dengan angin yang kuat serta ribut. SubhanAllah.

Pastinya musim sejuk adalah musim yang paling dirindui bila kami pulang ke Malaysia nanti. Musim inilah kami boleh tidur seawal jam 8 malam kerana matahari mulai terbenam seawal jam 5 petang. Aktivit luar juga terhad kerana 'malam' yang datang begitu cepat dan kami tidak tahan dengan suhu yang tersangat sejuk (rasanya tahun ini serendah -26°C).

"Solstice berlaku sebanyak dua kali, iaitu ketika waktu siang panjang (summer solstice), dan sebaliknya untuk winter solstice" ~wiki.


Tuesday, February 5, 2013

Alhamdulillah, sudah setahun

Alhamdulillah, rupa-rupanya usia blog ini sudah berusia setahun pada 8 Januari yang lepas. Terima kasih kepada pembaca yang mengunjungi  blog http://mrslittlepumpkin.blogspot.com! Terima kasih di atas sokongan anda, *senyum*.. :-D

Saturday, February 2, 2013

Kepingan salji (snowflake)

Alhamdulillah, petang ni salji turun di Brookings. Sempat main salji dengan Aliya, tanpa papa dan Alina. Gambar di bawah adalah bentuk kepingan salji yang turun. Sempat ambil gambar kepingan yang jatuh atas jaket, sebelum ianya cair. Subhanallah.

Partikel salji terdiri dari pelbagai bentuk dan saiz kristal ais. Salji yang turun biasanya terdiri daripada gumpalan kristal-kristal ais(seperti ais kisar) yang berwarna putih.

Close-up snowflake.

Informasi tentang snowflake dari wiki:

Snowflakes are conglomerations of frozen ice crystals which fall through the Earth's atmosphere. They begin as snow crystals which develop when microscopic super cooled cloud droplets freeze. Snowflakes come in a variety of sizes and shapes. 

Complex shapes emerge as the flake moves through differing temperature and humidity regimes, such that individual snowflakes are nearly unique in structure

Snowflakes encapsulated in rime form balls known as graupel. Snowflakes appear white in color despite being made of clear ice. This is due to diffuse reflection of the whole spectrum of light by the small crystal facets.

Source: http://en.wikipedia.org/wiki/Snowflake

Parhelion/ Sun dog

Assalamualaikum dan salam sejahtera, :) Harap semuanya sihat dan berada dalam rahmat Allah sentiasa. Selamat berhari minggu! :)

Pada hari Khamis lepas berlakunya fenomena alam yang dinamakan Parhelion atau 'sun dog' di Brookings. Subhanallah. Kami sangat bersyukur kerana berpeluang melihatnya untuk pertama kali, dan mungkin untuk kali terakhir.

Nama saintifik Parhelion berasal daripada Greek yang bermaksud 'beside the sun'. Dua cahaya (sun dog) terbentuk di sebelah kiri dan kanan matahari mewujudkan gegelang bulat (ring/ halo arcs) yang berpusatkan matahari. Sun dog terjadi kerana terbentuknya kristal ais di udara pada suhu yang tersangat sejuk. Kejadian ini biasanya berlaku di antartika dan artik. Lihat penerangan lanjut pada gambar di bawah.

Suhu pada hari tersebut tersangat sejuk iaitu pada -23 darjah Celsius ditambah dengan angin yang sangat kuat. Saya dapat berada di luar rumah untuk bergambar tidak kurang dari seminit atau dua minit, kerana cuaca yang sangat sejuk dapat membuatkan tangan, muka dan badan menjadi sakit dan pedih. Risau juga kalau lama-lama berada di luar rumah.

Jika dilihat dengan mata kasar, lingkungan bulat yang terbentuk tidak jelas kelihatan kerana cahaya matahari yang terlalu terang. Juga, lebih elok dan selamat untuk mata jika memakai cermin mata hitam atau tidak melihat matahari secara langsung.

Kami sangat teruja dan gembira dapat melihat Parhelion ini yang berlaku sepanjang hari, dari terbit dan sehingga terbenamnya matahari. Alhamdulillah. :) Satu pengalaman yang tak dapat dilupakan.


" Sundogs form as sunlight is refracted by hexagonal plate-like ice crystals with diameters larger than 30 micrometers and their flat faces horizontally oriented.

Sundogs are visible when the sun is near the horizon and on the same horizontal plane as the observer and the ice crystals. As sunlight passes through the ice crystals, it is bent by 22 degrees before reaching our eyes, much like what happens with 22 degree halos. This bending of light results in the formation of a sundog.

The difference between sundogs and halos is the preferential orientation of the ice crystals through which the light passes before reaching our eyes. If the hexagonal crystals are oriented with their flat faces horizontal, a sundog is observed. If the hexagonal crystals are randomly oriented, a halo is observed "




Matahari terbit lebih kurang 7.44am dan terbenam jam 5.39pm